Tuesday 21 July 2020

Sorotan kunjungan hormat ke Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC)




Bagi pihak kementerian, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang akan berbincang dengan Kementerian Pengangkutan mengenai permintaan Kerajaan Sarawak untuk melanjutkan permit bas persiaran dari 12 kepada 15 tahun. 
Ini dinyatakan oleh Menteri MOTAC, YB Dato Seri Hajah Nancy Shukri mengenai permintaan Sarawak agar tempoh permit itu bersamaan dengan Semenanjung Malaysia sekarang ini. Inisiatif ini akan dapat membantu negeri kita dalam merancakkan sektor pelancongan tempatan, maka perbincangan akan kami lanjutkan dengan Kementerian Pengangkutan.
Saya bersyukur kunjungan kami telah diadakan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) baru baru ini telah diterima baik  dan dalam mesyuarat yang berlangsung telah menyaksikan kedua-dua pihak berbincang mengenai pelbagai perkara dan masalah yang melibatkan ekopelancongan, warisan dan kebudayaan.
YB Dato Seri Nancy turut berkata, bagi meringankan masalah kekurangan pemandu pelancong berlesen di Sarawak pula, kerajaan bersetuju untuk membantu kita-kira 20 peserta untuk menghadiri latihan dalam industri pelancongan secara percuma.
Beliau juga berkata Sarawak mempunyai banyak produk pelancongan dan kraf tangan yang boleh diketengahkan bagi membantu merancakkan ekonomi negara terutama untuk pelancongan domestik selepas kejatuhan teruk sektor pelancongan akibat COVID19.
MOTAC menjangkakan sektor pelancongan, kesenian dan kebudayaan negara akan mula pulih secara berperingkat mulai tahun depan... ini berdasarkan kepada sambutan pelancong tempatan untuk melancong dalam negara ketika ini termasuk ke Sarawak.
Dalam pada itu, saya telah mengatakan bahawa industri pelancongan negeri Sarawak kini bertumpu kepada pelancongan domestik untuk memulakan langkah pemulihan mereka, justeru berharap dapat bekerjasama lebih rapat dengan kerajaan pusat agar dapat menarik lebih ramai pelancong tempatan.





No comments:

Post a Comment