Ketidaktentuan DAP Sarawak mengenai pemilihan calon perdana menteri Malaysia sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi kembali kuasa Kerajaan Persekutuan seolah olah menunjukkan bahawa mereka sanggup menyokong seseorang dari sebuah negeri Borneo untuk menjadi perdana menteri seterusnya demi mendapatkan sokongan daripada pengundi tempatan.
Pada bulan Februari lalu, ketua DAP Sarawak YB Chong Chieng Jen telah menyatakan sokongannya kepada presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri, tetapi kemudian mengatakan parti itu akan menyokong Shafie Apdal dari parti Warisan.
DAP Sarawak telah berubah pendiriannya begitu saja kerana ingin mengikuti sentimen wilayah untuk menyokong seseorang dari sebuah negeri Borneo untuk menjadi perdana menteri seterusnya dan berharap mendapat sokongan dari para pengundi.
Ini juga untuk menunjukkan sokongannya kepada DAP Sabah, yang berada dalam pemerintahan Sabah sekarang.
Sebelum ini, YB Chong pernah mengatakan bahawa DAP nasional telah menyatakan sokongannya kepada Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi calon perdana menteri, dan beliau sendiri telah menyambut baik kenyataan ini.
Sekarang, YB Chong telah berubah pendirian dan telah memberikan sokongannya kepada YB Dato Seri Shafie sebagai perdana menteri PH seterusnya. Ini menunjukkan keadaan pemimpin DAP Sarawak yang "keliru" dan tidak dapat memutuskan calon mana yang akan disokong.
Pada bulan Februari lalu di sebuah majlis untuk menyambut kedatangan Dato Seri Anwar Ibrahim ke Sarawak, YB Chong mengatakan bahawa agenda utama parti adalah untuk beliau (Anwar) menjadi perdana menteri seterusnya dan inilah sebabnya mengapa DAP Sarawak memutuskan untuk mengundang Anwar ke acara ini untuk menunjukkan sokongan mereka.
No comments:
Post a Comment