Saya ingin menegaskan bahawa Program Jelajah Belia Sarawak yang dianjur dan ditujukan khas kepada golongan belia kita bukanlah kempen politik. Ini adalah kerana ia bertujuan menjaga kepentingan golongan belia yang merupakan aset dan tonggak masa depan negara.
Program ini telahpun diadakan sejak tahun lepas dan ia bukanlah bertujuan untuk kempen atau berpolitik.
Saya telah menyatakan perkara ini pada perasmian Jelajah Belia Sarawak 2020@Daro di Dewan Masyarakat Daro yang berlangsung pada 18 Julai lalu.
Antara yang perlu dipatuhi ketika program ini diadakan adalah ketiadaan bendera-bendera politik.
Ia bagi mengelakkan program itu dikatakan melibatkan hal berkaitan politik.
Program sedemikian ini akan memberi faedah kepada golongan belia dalam membentuk acuan yang terbaik di kalangan belia sekali gus menjadikan belia sebagai entiti berkualiti.
Aspirasi golongan belia juga perlu diketahui dan dijaga melalui program seumpama ini. Belia jugalah yang bakal membentuk negeri dan negara pada masa depan.
Sementara itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ADUN N43 Daro iaitu YB Encik Safiee Haji Ahmad yang juha merupakan salah seorang belia di daerah ini yang berjaya.
Malah, saya percaya YB Safiee bakal melakar perjalanan politik yang lebih panjang dan berjaya selepas ini.
Saya turut kagum dengan beliau (Safiee), kerana antara sifatnya adalah membuat sesuatu perkara dengan seteliti mungkin.
Perkara itu bukan sahaja merangkumi tugas tugas beliau sebagai wakil rakyat sahaja, namun dalam Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) dan lain-lain dimana kini YB Safiee menyandang jawatan sebagai Setiausaha Agung kami.
Safiee kini menyandang jawatan Setiausaha Agung merangkap pengerusi cawangan daerah ini.
Oleh sebab itu katanya, saya sangat percaya Safiee akan mempunyai peluang dan masa depan cerah dalam karier politiknya.
Pada masa sama saya turut menyatakan tiada satu pun pihak yang menyangkal kepentingan golongan belia.
Oleh sebab itu katanya, program diadakan bagi mendekati golongan itu yang merupakan tonggak serta masa depan negeri dan negara.
Selain memelihara kesinambungan kepimpinan masa depan, kehendak serta kemahuan golongan belia juga perlu diketahui dan sedaya-upaya untuk dipenuhi.
No comments:
Post a Comment