Thursday 11 June 2020

Pihak Syarikat Petroliam Nasional Berhad #Petronas masih belum membuat sebarang pembayaran cukai jualan ke atas produk petroleum kepada Sarawak


Pihak Syarikat Petroliam Nasional Berhad #Petronas masih belum membuat sebarang pembayaran cukai jualan ke atas produk petroleum kepada kerajaan negeri #Sarawak, sebaliknya telah mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan. Perkara ini telah disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perunding Perjanjian #Malaysia 1963 #Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa itu pada 10 Jun lalu. 

Sehubungan itu, Datuk Amar Mohd Asfia berkata sebuah jawatankuasa perunding sudah ditubuhkan untuk berunding dengan Petronas mengenai pembayaran cukai berkenaan. Mesyuarat turut bersetuju melantik lima ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam jawatankuasa rundingan tersebut termasuk saya, timbalan beliau iaitu Datuk Gerawat Gala, Datuk Idris Buang, Datuk Sebastian Ting dan YB See Chee How. Datuk Amar Mohd Asfia yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak turut menegaskan jika tiada keputusan dicapai melalui rundingan, kerajaan negeri Sarawak akan meneruskan kes sivilnya terhadap Petronas.  Sarawak tetap meneruskan usaha dalam menuntut cukai jualan petroleum bagi tahun 2018 berjumlah RM2.878 bilion dan pihak kerajaan negeri tidak akan melayan sebarang pemotongan atau pengurangan jumlah cukai berkenaan.

Kedudukan kita ke atas cukai petroleum adalah jelas dan kita telah menang di Mahkamah Tinggi, hakim berpihak kepada Sarawak mengikut Artikel 95(B) (C) di mana Sarawak boleh mengenakan cukai jualan, kuasa yang diberi kepada Sarawak oleh Inter-Government Committee pada 1963. Mahkamah Tinggi pada 13 Mac lalu membuat keputusan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengenakan cukai jualan ke atas produk petroleumnya. Semasa membuat keputusan itu, Hakim Azahahari Kamal Ramli menolak pemohonan Petronas untuk memfailkan semakan kehakiman bagi mengisytiharkan cukai jualan Sarawak tidak sah dan terbatal. Sarawak mengenakan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum pada 1 Jan tahun lepas di bawah Ordinan Cukai Jualan 1998 negeri.






No comments:

Post a Comment