Baru baru ini saya telah menyuarakan rasa kesal dengan segenlintir rakan rakan kita dalam industri pelancongan yang tidak puas hati dengan inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Ada dalam kalangan pemain industri berasakan insentif diberikan kerajaan terutamanya bagi menghadapi kesan wabak COVID-19 yang mereka kata tidak mencukupi. Saya tahu ada beberapa pemain industri pelancongan mereka mungkin tidak gembira dengan insentif yang diberikan kerana bagi mereka ia tidak cukup.
Pelancongan bukan satusatunya industri yang ada, banyak lagi industri lain. Sekurang-kurangnya, kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk membantu menunaikan atau memberi bantuan. Malahan mereka yang tidak berpuas hati itu boleh memikirkan industri lain sebagai perniagaan kerana pelancongan bukan satu-satunya industri yang ada. Kita tahu, industri ini memang memerlukan lebih banyak (insentif), namun kita harus mempertimbangkan (pemain industri lain) juga kerana kita mempunyai banyak lagi pemain dalam industri ini.
Jika kita melihat hanya satu sahaja, bagaimana pula yang lain, kita perlu melihat perkara ini secara keseluruhan,” katanya. Sementara itu, dalam ucapan saya semasa majlis makan malam bersama Datuk Seri Hajah Nancy Shukri pada 25 Jun lalu saya juga berkata, dengan pembukaan semula pelancongan domestik, beberapa strategi telah dikenal pasti untuk membantu memulihkan industri pelancongan, seni dan kraf di negeri ini. Antara strategi yang ada ialah membina keyakinan untuk datang ke Sarawak PascaCOVID-19 dengan membantu pemain pelancongan menerusi Pakej Insentif Pelawat (VIP) bernilai RM1 juta. Kerajaan negeri juga menyediakan kapasiti digital pemain industri pelancongan dengan memperuntukkan RM250,000 Dana Ekosistem Pelancongan Dalam Talian Sarawak, Insentif Pakej (BEPIP) berjumlah RM1 juta dan Program Pembangunan Acara Perniagaan (BEDP) dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment