Friday, 25 January 2019

Larangan masuk atlet Israel, Sarawak akur dengan keputusan kerajaan Persekutuan


Abdul Karim pada sidang media AIFFA 2019.

KUCHING: Atlet Isreal tidak akan dibenarkan bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia yang akan berlangsung di sini dari 29 Julai hingga 4 Ogos 2019. 

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Sarawak akur dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan kerana ia polisi negara. 

“Sarawak menjadi hos bagi kejohanan ini adalah atas kelulusan daripada Kuala Lumpur selepas berjaya dalam bidaan pada kejohanan sebelum ini di Mexico. Malaysia adalah penganjur kepada kejohanan dan kita (Sarawak) adalah bandar bagi lokasi penganjuran. 

Visit Sarawak Campaign
“Jika Kerajaan Malaysia tidak membenarkan penyertaan atlet Israel maka kita (Sarawak) terpaksa akur,” katanya pada sidang media selepas Pelancaran Ambang Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2019, di sini hari ini. 

Bercakap mengenai AIFFA, ia akan berlangsung buat kali keempat di bandar raya ini pada 25 hingga 27 April 2019. 

Sebanyak 16 anugerah akan dipertandingkan pada AIFFA tahun ini melibatkan filem-filem dan barisan pelakon serta syarikat produksi dari negara-negara Asean. 

Anugerah tahun ini akan dihakimi oleh barisan juri professional diketuai pemenang anugerah pengarah filem Malaysia, U-Wei Haji Saari atau lebih dikenali dengan nama Kaki Bakar. 

Juri-juri lain termasuklah, pengarah festival filem dari Perancis Alain Jalladeau selaku juri antarabangsa dan tiga juri Asean, Amable Tikoy Aguiluz dari Filipina, Mattie Do dari Laos dan Daniel Rudi Haryanto dari Indonesia. -UtusanBorneo
  

No comments:

Post a Comment