Friday 13 October 2017

Abdul Karim: Sarawak berjaya bida dua kejohanan besar

October 13, 2017

Abdul Karim bersama Snowdan dan Ong (kanan) mengumumkan berita gembira itu pada sidang media di sini pagi tadi.
KUCHING: Sarawak berjaya membida untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran dua kejohanan besar yang bakal diadakan pada 2019 nanti.

Perkara itu diumumkan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media di Hotel Grand Margherita Kuching pagi tadi.

Beliau menjelaskan dua kejohanan besar dwi tahunan itu, Kejohanan Olahraga Asian Masters Ke-21 pada Disember dan Kejohanan Renang Dunia Paralimpik pada Julai atau Ogos.

"Saya ingin mengumumkan bahawa kita telah berjaya dalam bidaan kita untuk menjadi tuan rumah bagi dua kejohanan besar iaitu Kejohanan Olahraga Asian Masters Ke-21 dan Kejohanan Renang Dunia Paralimpik yang akan diadakan pada 2019 di Kuching," katanya.

Hadir sama pada sidang media itu Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan dan Ketua Pegawai Esekutif Perbadanan Sukan Sarawak Dr Ong Kong Swee. -UtusanBorneo
 

No comments:

Post a Comment