Monday 16 October 2017

Abang Jo kekal presiden SABERKAS, Abdul Karim timbalan

Oktober 16, 2017

MANTAP: Abang Johari bersama barisan kepimpinan baharu Saberkas 2017-2020
KUCHING: Pertubuhan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) mengekalkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari TUn Abang Openg sebagai presiden bagi penggal 2017-2020 menerusi Perhimpinan Tritahunan SABERKAS di sini, semalam.

Bagaimanapun, jawatan timbalan presiden diberikan kepada muka baharu iaitu Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bagi menggantikan Datuk Roland Sagah Wee Inn yang mengundur diri kerana ingin memberi peluang kepada muka baharu.

Naib presiden juga menyaksikan tiga muka baharu iaitu Dr. Abdul Rahman Junaidi, Dennis Ngau dan Gerald Rentap Jabu termasuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, yang menang tanpa bertanding.

Pengumuman keputusan tersebut termasuk pemilihan 25 exco Saberkas diumumkan oleh Roland Sagah pada majlis makan malam Saberkas, semalam.

Manakala jawatankuasa setiausaha agung yang ditinggalkan oleh Dr. Abdul Rahman menyaksikan Abdullah Saidol dilantik sebagai pengganti oleh Abang Johari. -UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment