Saturday 29 October 2016

Karim gesa tingkat kemahiran untuk tingkat daya saing

October 29, 2016

UNTUK KENANGAN - Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar dengan sebahagian daripada para peserta.
ASAJAYA: Keinginan yang tinggi untuk memperolehi dan memperhalusi kemahiran mampu membantu memberi pulangan ekonomi yang baik.

Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan usaha kearah meningkatkan tahap kemahiran penting kerana ia boleh membantu menghasilkan daya saing yang tinggi.

Beliau berucap di Majlis Penyampaian Sijil Kursus Kemahiran Jangka Pendek dan Sijil Peserta Kelas Pendidikan Kemahiran PKEM KEMAS P.197 Kota Samarahan di SMK Hajjah Laila Taib di Kampung Tambirat pagi tadi.

Abdul Karim berkata ramai yang mempunyai kemahiran seperti kemahiran membuat anyaman tetapi tidak ramai yang mampu menghasilkan anyaman yang berkreatif dan dinilai sebagai kualiti tinggi.

Oleh sebab itu, ujar beliau, individu-individu yang mampu menghasilkan yang berkualiti tinggi ini dapat meletakkan harga yang tinggi untuk hasil kerja tangan mereka.

Sebahagian daripada para peserta.
Abdul Karim, yang juga merupakan ADUN Asajaya, berkata ada banyak kursus-kursus yang boleh diikuti untuk tujuan memperolehi atau mempertingkatkan kemahiran. 

Beliau juga menyambut baik saranan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang agar diwujudkan satu mekanisme untuk membantu mempromosi perniagaan masyarakat Asajaya dan kawasan berdekatan.

Beliau menambah beliau akan berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada Menteri Muda Pembangunan Keusahawanan Datuk Naroden Majais untuk memperkemaskan lagi apa jua cadangan yang dikemukakan.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan sijil kepada seorang peserta.
Selepas selesai menyampaikan ucapan perasmian, Abdul Karim dan Rubiah menyampaikan sijil kepada para peserta. -@ybkarimsays

No comments:

Post a Comment