Sunday 10 July 2016

Ketepi isu peribadi demi kaum Cina


SUPP, UPP perlu bersama semula sama ada bekerjasama atau bergabung

KUCHING: Pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rak-yat Bersatu (UPP) harus mengetepikan isu peribadi sebaliknya fokus sudut pandangan lebih besar demi masyarakat Cina negeri ini.

Menteri Muda Perumahan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kedua-dua parti itu perlu bersama semula sama ada bekerjasama dengan baik atau bergabung.

Katanya lagi, kedua-dua pihak tidak harus terus mengkritik satu sama lain menerusi media sebaliknya menyelesai perbezaan antara mereka menerusi saluran sewajarnya iaitu secara bersemuka.

“SUPP dan UPP perlu melihat sudut lebih besar. Mungkin mereka tidak mam-pu berbuat demikian sekarang, tetapi mereka harus berpandangan jauh bagi menyaksikan masyarakat Cina secara keseluruhannya bersatu padu.

“Saya percaya mereka boleh menyelesaikannya dengan baik dan bekerjasama kerana perjuangan kedua-dua pihak adalah lebih kurang sama, selaras dengan apa Barisan Nasional perjuang di sama ada di Sarawak mahupun di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Jalan Astana, di sini, semalam.

Abdul Karim juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, soal jika kedua-dua parti dapat bekerjasama semula terpulang kepada pemimpin-pemimpin kedua-dua pihak.

“Seperti pertengkaran suami dan isteri, mereka perlu mencari jalan untuk membina semula hubungan itu yang mana mungkin akan mengambil sedikit masa tetapi ia demi rakyat Sarawak,” katanya.

Menurutnya, beliau ingin melihat kedua-dua pihak bersama-sama semula memandangkan Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh mempunyai pengalaman luas dalam politik manakala presiden SUPP Dr Sim Kui Hian, lebih muda, tetapi datang dari latar belakang politik yang kuat apabila mendiang bapanya merupakan mantan Timbalan Ketua Menteri.

Beliau turut melahirkan harapan agar veteran-veteran dalam SUPP membimbing kepimpinan parti serta pemimpin muda dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

“SUPP merupakan parti tertua di Sarawak. Ia ditubuhkan lebih awal daripada PBB atau mana-mana komponen parti BN negeri ini.

“Kita berharap SUPP dapat menyelesaikan kesemua masalah ini dan menjadi kukuh semula seperti dahulu,” kata-nya.

Sementara itu, Abdul Karim ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Penerangan Pemuda SUPP Pusat Milton Foo yang menggesa Wong meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua berkata, Wong, calon langsung BN adalah diterima oleh rakyat apabila menang dalam pili-han raya negeri yang lalu manakala Foo tewas.

Katanya, justeru beliau tidak pasti jika Foo dalam kedudukan yang wajar untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Rakyat telah memberi sokongan kepada Wong. Jadi apa sahaja Milton kata-kan, bagi saya, suara rakyat lebih diberikan keutamaan meskipun saya menghormati pendapat beliau dalam perkara ini,” katanya. -UtusanBorneo
  

No comments:

Post a Comment