Tuesday 19 July 2016

Abdul Karim menaruh harapan lumba basikal perolehi lebih 2 emas

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar dengan para atlit dan pegawai.

KUCHING: Chef de mission kontingen SUKMA Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menaruh harapan tinggi terhadap kontingen lumba basikal SUKMA Sarawak untuk memperolehi lebih daripada 2 pingat emas.

Beliau berkata bertanding di tempat sendiri sepatutnya memberi kelebihan kepada pelumba Sarawak untuk menewaskan pelumba-pelumba lain.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyerahkan jersi kepada wakil kontingen berbasikal SUKMA Sarawak.

Walau bagaimana, Abdul Karim, ketika berucap dalaam majlis penyerahan jersi kepada kontingen lumba basikal SUKMA Sarawak tengahari tadi menegaskan dalam apa jua sukan, faktor penentu kemenangan ialah kesungguhan untuk menang.

Atas sebab itu, beliau menyeru semua pelumba agar memberi fokus kepada acara-acara yang bakal disertai mereka.

Beliau berkata sekiranya konsentrasi terganggu, sukar untuk memberi yang terbaik dalam SUKMA.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan ucapan.

Abdul Karim, yang merupakan Menteri Muda Belia dan Sukan, kemudiannya menyerahkan jersi kepada wakil kontingen lumba basikal SUKMA Sarawak.

Para pelumba SUKMA Sarawak akan memulakan perjuangan mereka esok.
 
Acara lumba basikal menawarkan 26 emas.
 

No comments:

Post a Comment