BERSEMANGAT: Manyin bersama Abdul Karim, Morshidi dan Dr Ong menunjukkan isyarat bagus pada sesi memperkenal pakaian rasmi Kontinjen SUKMA Sarawak di Kuching semalam. |
KUCHING: Chef-de-mission Kontingen SUKMA Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengingatkan semua atlet agar tidak terlibat dalam isu penyalahgunaan bahan terlarang.
“Isu doping amat ditekankan kepada mereka (atlet dan jurulatih) kerana kita tidak mahu berdepan masalah selepas menang dalam acara yang dipertandingkan,” katanya yang juga Pengerusi PEMADAM Negeri Sarawak, kepada sebuah akhbar harian berbahasa Melayu, ketika ditemui dalam Program ‘Meet and Greet’ Bersama Atlet SUKMA Sarawak di sebuah pusat membeli-belah di bandar raya ini semalam.
Manakala Menteri Belia, Sukan dan Solidariti, Dato Sri Micheal Manyin Jawong berkata sasaran mengutip 72 pingat emas pada edisi kali ini menjadi suntikan semangat kepada atlet-atlet kontinjen Sarawak.
Manakala Menteri Belia, Sukan dan Solidariti, Dato Sri Micheal Manyin Jawong berkata sasaran mengutip 72 pingat emas pada edisi kali ini menjadi suntikan semangat kepada atlet-atlet kontinjen Sarawak.
“Kita akan melakukan yang terbaik bagi memastikan kejuaraan SUKMA XVIII menjadi milik Sarawak sekali gus mengulangi kejayaan pada 1990, 1992 dan 1994,” katanya ketika berucap dalam program yang sama.
Manyin mahu penantian selama 22 tahun sejak menjuarai SUKMA 1994 membuahkan hasil terutamanya menjadi tuan rumah bagi penganjuran edisi ke-18 ini.
Sementara itu, beliau turut menggesa semua atlet supaya menanamkan matlamat tinggi ‘Agi Idup Agi Ngelaban’ untuk mencapai sasaran pingat emas.
“Kita berharap semua atlet akan memperolehi pingat yang disasarkan justeru itu persiapan rapi penting dari segi aspek fizikal dan mental,” katanya.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Ghani, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Dr Ong Kong Swee dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Solidariti, Kameri Affendi. -@ybkarimsays
No comments:
Post a Comment