Tuesday 3 May 2016

Abdul Karim kesal pembangkang guna taktik kotor

May 03, 2016

JUARA: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan hadiah juara pertandingan karaoke.
ASAJAYA: Ketua Cawangan PBB Asajaya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah kesal dengan taktik kotor pihak pembangkang mempergunakan generasi tua ketika berkempen dalam pilihanraya negeri ini.

Beliau berkata suatu yang melampaui batas apabila mengambil kesempatan keatas generasi tua yang berkemungkinan besar tidak menyedari bahawa mereka telah dipergunakan bagi tujuan menimbulkan rasa benci terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Sebahagian daripada hadirin.

Abdul Karim berkata demikian ketika berucap di Malam Mesra Bersama Pemimpin N15 Asajaya di Kampung Asajaya Laut pada malam semalam.

Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa salah sebuah kampung di DUN Asajaya sebagai kubu kuat pihak pembangkang.

Kanak-kanak dan orang dewasa gembira.

"Tiada satu pun kampung dalam kawasan DUN Asajaya boleh dianggap sebagai kubu kuat pembangkang," kata beliau.

Abdul Karim juga melahirkan harapannya agar para pengundi akan turun beramai-ramai pada Sabtu ini untuk menolak pihak pembangkang agar mereka serik untuk terus mengganggu masyarakat dalam kawasan DUN Asajaya.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dikerumuni oleh orang ramai ketika hendak meninggalkan majlis.

Beliau kemudiannya menyampaikan hadiah pertandingan karaoke dan cabutan bertuah kepada para pemenang.



















No comments:

Post a Comment