Friday 6 May 2016

Tolak anasir luar yang gugat keharmonian diantara agama dan kaum

May 06, 2016

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersalaman sebelum meninggalkan majlis.
ASAJAYA: Keharmonian antara agama dan kaum di Sarawak hendaklah sentiasa dijaga dengan baik.

Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, ketika berucap di Majlis Perayaan Ulangtahun Tua Pek Kong Asajaya di sini malam semalam, berkata masyarakat yang pelbagai agama dan kaum di Asajaya hendaklah menolak anasir-anasir yang bertujuan untuk menggugat keharmonian.

TERBAIK! Bergambar untuk kenang-kenangan.
Beliau seterusnya berkata, keharmonian ini adalah suatu yang istimewa untuk rakyat Sarawak kerana ada sesetengah tempat, keharmonian sukar untuk dikecapi.

UNTUK KENANG-KENANGAN.
Abdul Karim kemudiannya menambah, sekiranya Sarawak terlalu berlembut dengan anasir-anasir luar, ia akan membahayakan keharmonian di negeri ini.


Beliau turut melahirkan harapan beliau agar masyarakat Cina dapat memperkasakan lagi kerjasama dengan kaum-kaum lain untuk membangunkan kawasan Asajaya. -@ybkarimsays

No comments:

Post a Comment