May 15, 2012
KUCHING: Barisan Nasional bersedia untuk hadapi asakan pembangkang yang mungkin lebih agresif berbanding sebelumnya.
KUCHING: Barisan Nasional bersedia untuk hadapi asakan pembangkang yang mungkin lebih agresif berbanding sebelumnya.
“...mesyuarat kali ini bertembung dengan PRU13, jadi kemungkinan pembangkang akan menonjolkan diri menjelang pilihan raya.
“Saya rasa mesyuarat DUN kali ini akan lebih hangat, namun BN bersedia untuk semua ini. Ia tidak ada masalah kepada kami BN,” kata Menteri Muda Kemajuan Belia Abdul Karim Rahman Hamzah.
Manakala Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) Abdullah Saidol mengingatkan wakil rakyat pembangkang supaya tidak membangkitkan isu-isu bersifat perkauman sepanjang berlangsungnya persidangan dewan undangan kali ini.
Peringatan awal ini diberikan oleh Abdullah Saidol ketika ditemui selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Persidangan DUN Sarawak Ke-17 di pekarangan Kompleks DUN di sini semalam.
Menurut Abdullah, semua ahli penyokong BN telah diarah untuk berjaga-jaga dengan perkara yang akan dibangkitkan oleh pembangkang dan membantah jika ia didapati berunsur sensitif.
“Kami akan bantah jika mereka membangkitkan perkara-perkara seperti isu perkauman yang boleh membangkitkan rasa curiga dan marah di kalangan ahli dewan.
“Jika mereka mahu bercakap mengenai masalah rakyat kami bersedia untuk menjawab asalkan bukan isu perkauman yang boleh membawa kepada perbalahan,” katanya.
Ditanya mengenai isu-isu yang akan dibangkitkan oleh pembangkang, Abdullah berkata ia mungkin banyak berkaitan dengan isu-isu seperti tanah, alam sekitar dan sedikit mengenai masalah rakyat.
“Setakat ini yang kita dapat baca daripada blog mereka, isu yang mereka bangkitkan kali ini tidak ada beza dengan isu-isu yang sering dibangkitkan sebelum ini.
“Saya rasa mereka tersepit dengan isu-isu terdesak apatah lagi mereka terperangkap dengan apa yang telah dilakukan iaitu aktiviti-aktiviti tidak mesra rakyat,” ujarnya.
Beliau yang juga ADUN BN-Semop berkata BN telah bersedia sepenuhnya untuk berhadapan dengan apa sahaja yang akan dibangkitkan oleh pembangkang.
“Kami perlu lakukan banyak kajian dan mengemas kini diri masing-masing dengan semua isu semasa.
“Banyak isu akan dibangkitkan oleh pembangkang tetapi kami telah bersedia tidak hanya disebabkan ini adalah mesyuarat pertama tetapi juga kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang,” jelasnya.
*Artikel asal telah diedit. Sila klik sini untuk membaca artikel asal.
No comments:
Post a Comment