Wednesday, 9 May 2012

Karim: FAM kalis teguran

May 9, 2012

“FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) sepa­tutnya bersedia menerima teguran atau kritikan dalam usaha membangunkan sukan bola sepak di negara ini,” kata Menteri Muda Pembangunan Belia Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata demi­kian ketika mengulas kenya­taan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah kelmarin yang meminta penyokong bola sepak meneliti dan memahami undang-undang badan induk itu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Karim yang dipetik menerusi Utusan Borneo Online berkata, sekiranya badan bola sepak negara itu tidak boleh ditegur, maka banyak pihak yang tidak akan berpuas hati.

“Saya tidak khuatir dengan pandangan Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah), namun tindakan Jawatankuasa Tatatertib FAM perlu lebih beretika bagi mengelak menge­luarkan keputusan tidak munasabah, kejam, keterlaluan dan tidak membina untuk sukan ­­bola sepak.

“Malah, presidennya sendiri harus bersedia menerima kritikan. Seseorang presiden badan seperti FAM bukannya above the board dan tidak boleh ditegur,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden FAS, Datuk Sudarsono Osman berkata, pihaknya tetap menggunakan saluran diplomatik untuk menyelesaikan kemelut yang menimpa persatuan itu setelah didenda RM75,500 oleh FAM.

FAS didenda atas dua kesalahan selain terpaksa beraksi tanpa penonton bagi empat perlawanan setelah dikatakan gagal menyediakan langkah keselamatan ketika Sarawak menentang Lions XII dan Kelantan pada saingan Liga Super di Stadium Negeri yang berlangsung pada 17 Mac dan 7 April lalu.
    

No comments:

Post a Comment