Pages

Saturday, 5 March 2016

Silat - seni warisan Melayu yang perlu dikembangkan

March 05, 2016

PEMBUKA GELANGGANG: Guru kanan Perguruan Seni Silat Makrifat Kampung Serpan Ulu membuat persembahan sebelum bermulanya acara demonstrasi seni silat oleh para pesilat dari beberapa perguruan silat.

ASAJAYA: Para pengamal seni silat Melayu di kawasan Asajaya digesa agar memperhebatkan usaha untuk mengembangkan seni warisan Melayu tersebut.

ADUN Asajaya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Gelanggang Perguruan Seni Silat Makrifat dan Karnival PBB Ranting Serpan Ulu di Kampung Serpan Ulu petang tadi.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan ucapan perasmian
Beliau berkata masyarakat Melayu tidak boleh ambil mudah terhadap masa depan seni warisan Melayu dengan menaruh harapan ianya akan tetap hidup tanpa perlu ada usaha yang gigih untuk mengembangkannya.

Abdul Karim, yang juga merupakan Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar), menegaskan bukan satu kesalahan apabila masyarakat Melayu berusaha dengan gigih untuk memastikan warisan mereka
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
menyarung keris ke dalam sarungnya
sebagai gimik upacara perasmian
tak lapuk di telan zaman.

Bahkan, ujar ADUN Asajaya, setiap kaum mesti ada semangat yang kuat untuk mengembangkan warisan masing-masing.

Beliau juga menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap keupayaan seni silat Melayu menjadi satu badan atau institusi yang berupaya untuk membantu membenteras masalah sosial yang menular dikalangan anak-anak muda.

"Kita tidak mahu melihat belia-belia kita gagal di tengah jalan" menghabiskan usia mereka di penjara ataupun pusat serenti, kata Abdul Karim.


Beliau kemudiannya mengumumkan pemberian sumbangan kewangan kepada Persatuan Silat Makrifat Kampung Serpan Ulu.


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ketua-ketua masyarakat dikawasan Asajaya dan penduduk Kampung Serpan Ulu. -@ybkarimsays






















No comments:

Post a Comment