Saturday, 19 March 2016

Pembangunan tidak datang bergolek begitu sahaja -Karim

March 19, 2016

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mendengar penerangan dari salah seorang peserta pertandingan memasak.
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
menyampaikan ucapan.
ASAJAYA: Proses pembangunan bukan sahaja memerlukan perancangan yang rapi tetapi ia juga memerlukan kesediaan untuk berkorban demi kesejahteraan masyarakat.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata walaupun pada mulanya ada segelintir rakyat yang menolak usaha untuk membawa pembangunan atas sebab peribadi, mereka akhirnya mengakui tindakan menolak pembangunan adalah satu tindakan yang merugikan masyarakat.

“Sekiranya suatu ketika dulu, pemimpin-pemimpin gagal menangani (penolakkan proses pembangunan) dengan baik”, kita tidak akan dapat melihat dan mengecapi apa yang kita ada pada masa ini, kata beliau ketika
Aksi-aksi semasa sukaneka.
merasmikan Program Jom Kembara Sihat di Kampung Tambirat tengahari tadi.

Program tersebut dianjurkan bersama oleh Pergerakan Wanita PBB Cawangan Asajaya dan Ranting PBB Asajaya.

Jabatan Kemajuan Masyarakat, Jabatan Penerangan dan Jabatan Kesihatan turut serta menjayakan program tersebut

Beliau kemudiannya berkata proses pembangunan tidak seharusnya berhenti begitu sahaja memandangkan ia satu proses yang memerlukan kesinambungan dari satu generasi ke generasi yang lain.

“Kita adalah pelapis … dan kita (bertanggungjawab untuk) melaksanakan kesinambungan.

“Kita mahukan kawasan kita maju … dan kita mahukan setiap titik peluh yang keluar
Sebahagian daripada peserta program.
membawa kita kearah tersebut,” kata beliau.

Menyentuh tentang Program Jom Kembara Sihat yang disertai oleh tujuh buah kampong berdekatan, Abdul Karim berharap warga Asajaya akan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Kumpulan hadrah menyambut kehadiran Datuk
Abdul Karim Rahman Hamzah
Kampung Tambirat adalah destinasi kedua untuk program tersebut.

Sebelum ini, program yang sama telah dilaksanakan di Kampung Kampung Moyan Laut pada awal bulan ini.

Destinasi ketiga program ini ialah Kampung Sampun Kelili pada awal bulan depan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Temenggong Chik Bujang. -@ybkarimsays

No comments:

Post a Comment