Saturday 12 December 2015

Usahawan perlukan ketabahan dan komitmen yang tinggi untuk berjaya

November 12, 2015



Datuk Abdul Karim Rahmah
Hamzah meneliti gegantung program
KOTA SAMARAHAN: Kerjaya sebagai usahawan adalah satu kerjaya yang memerlukan ketabahan dan komitment yang tinggi.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sedemikian ketika merasmikan Program OutReach Usahawan Belia di sini pada Jumaat malam lepas.

Pada masa yang sama, tegas Abdul Karim, usahawan memerlukan disiplin yang tinggi dalam menangani hal kewangan.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah diapit oleh
Dato Sri Mohamad Ali Mahmud dan Puan Rubiah
Wang
"Ada kita dengar usahawan-usahawan baru yang dapat kontrak (perniagaan) tetapi selepas setahun dua, disebabkan tiada kepakaran untuk mengurus kewangan, (perniagaan) habis di tengah jalan," kata beliau.

Sebahagian daripada hadirin
Beliau selanjutnya berkata usahawan-usahawan mesti menimba pengalaman yang secukupnya untuk terus berada dan berjaya dalam bidang perniagaan.

"Usahawan-usahawan baru mesti belajar banyak perkara.

"Perlu ada pengalaman dan juga (daya) ketahanan (yang tinggi) untuk terus berada dalam perniagaan," ujar beliau lagi.

Menyentuh Program OutReach Usahawan Belia yang diadakan di sini, Abdul Karim berkata maklumbalas yang diterimanya amat menggalakkan.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mendengar
percakapan Puan Rubiah sambil diperhatikan oleh
pengerusi DUBS Samarahan Ismawi Muhamad
Beliau memuji usaha untuk membabitkan usahawan yang telah berjaya dalam usaha memberi motivasi kepada usahawan-usahawan baru.

Abdul Karim turut menyentuh tentang permohonan dari Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak  (DUBS) Cawangan Samarahan untuk mendapatkan tapak tetap untuk pasar malam Samarahan.

Beliau berkata kerajaan negeri terpaksa mengambilkira banyak faktor sebelum bersetuju untuk meluluskan permohonan untuk
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah beramah
mesra dengan salah seorang penjual
mendapatkan tapak tetap untuk pasar malam.

Walau bagaimanapun, beliau menyatakan sokongan beliau peribadi terhadap permohonan tersebut dan akan berusaha untuk menjadikannya satu realiti.

Sekiranya permohonan ini diluluskan, "kita akan atur tapak tetap ini agar ia bukan sahaja orang berjual beli tetapi juga untuk program-program yang lain seperti hiburan," tambah beliau.
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ditemani
Dato Sri Mohamad Ali Mahmud dan Puan Rubiah
Wang meninjau gerai-gerai di Uptown Samarahan

Selepas merasmikan program tersebut, Abdul Karim meninjau gerai-gerai yang berada di Uptown Samarahan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli DUN Muara Tuang Dato Sri Mohamad Ali Mahmud dan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang. -@ybkarimsays

No comments:

Post a Comment