Saturday 10 October 2015

Semarakkan lagi program kemasyarakatan - Abdul Karim

Oktober 10, 2015

ALBUM: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar bersama peserta program Tour To Village

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memberi
ucapan 
KOTA SAMARAHAN: Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah menggesa universiti-universiti tempatan memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan membabitkan kampung-kampung di kawasan Asajaya.

Abdul Karim, ketika merasmikan Program "Tour to Village" di SK Kampung Baru pagi tadi di Kampung Baru, berkata program kemasyarakatan adalah penting kerana ia mampu memberi anjakan minda kepada semua pihak yang terbabit.

"Apabila kita datang dari jauh, kita boleh belajar banyak perkara ... tentang masyarakat luarbandar ... dan apa yang dialami akan sedikit sebanyak akan mengubah kehidupan kita selepas tamat pengajian di universiti," kata beliau.

Program tersebut dianjurkan oleh Exco Sukan dan Rekreasi Kolej Cempaka dengan kerjasama JPK Kolej Cempaka, Universiti Malaysia Sarawak sempena PRA Cempaka Festival 2015.

Beliau selanjutnya berkata kehidupan bukan berkisar tentang sijil-sijil yang diperolehi daripada institusi pengajian.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan
sumbangan kepada seorang wakil keluarga yang
kurang berkemampuan
"Ada banyak perkara yang patut dipelajari ... untuk berjaya dalam kehidupan.

"Walaupun kita berupaya untuk mendapat Kepujian Kelas Satu dalam pengajian kita tetapi sekiranya kita tidak mempunyai sikap untuk memberi semula kepada masyarakat, sijil-sijil yang terperolehi menjadi tidak membawa sebarang makna," ujar beliau lagi.

Abdul Karim menambah mempelajari kehidupan melalui interaksi dengan masyarakat adalah satu proses pembelajaran sepanjang hayat.


Sebahagian daripada para hadirin
Beliau kemudiannya berkata para pelajar universiti berada dalam situasi yang baik untuk mempelajari kehidupan melalui program kemasyarakatan kerana apabila mereka sudah menamatkan pengajian, mungkin agak sukar untuk mereka membabitkan diri dalam program-program tersebut.

Manakala mengenai impek program kemasyarakatan kelolaan pelajar universiti keatas penduduk kampung yang masih di bangku sekolah, Abdul Karim berkata mereka akan mendapat motivasi untuk berusaha dengan gigih dalam pembelajaran mereka di sekolah agar mereka dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi.

Untuk kenang-kenangan
Kemudiannya Abdul Karim menyampaikan sijil penyertaan kepada para pelajar dan agensi-agensi kerajaan yang terbabit.

Beliau turut menyampaikan sumbangan daripada Kolej Cempaka kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan.

Turut hadir ialah Pengarah Permajuan Pelajar UNIMAS Prof. Siti Raudzah Ghazali. -@ybkarimsays












Upacara Penyampaian Sumbangan Kepada Keluarga Kurang Berkemampuan







Upacara Penyampaian Sijil dan Cenderamata








Selepas Majlis Perasmian Tamat



Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ditemubual oleh seorang wartawan akhbar dalaman UNIMAS.


No comments:

Post a Comment