Thursday, 29 October 2015

Pendidikan adalah kunci kepada masa depan yang lebih baik

Oktober 29, 2015

ALBUM: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersama-sama para jemputan majlis selepas selesai gimik perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan 2015


ASAJAYA: Pendidikan adalah kunci kepada masa depan yang lebih baik, kata Menteri Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Dalam ucapannya di Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Hajjah Laila Taib 2015 pagi tadi, Abdul Karim berkata beliau amat prihatin dengan tahap pendidikan di kawasan Asajaya kerana beliau ingin melihat lebih ramai anak-anak Asajaya berjaya dalam kehidupan mereka.

“Saya pantau setiap sekolah di Asajaya.

"Sekiranya prestasi tidak baik yang berterusan, saya akan ambil langkah susulan untuk membantu memperbaiki situasi tersebut,” katanya.

Walau bagaimanapun, tambah beliau lagi, secara amnya prestasi sekolah-sekolah di kawasan Asajaya membanggakan dan boleh dipertingkatkan lagi.

Abdul Karim kemudiannya menyeru ibu bapa agar bersama-sama pihak sekolah dalam membantu memberi pendidikan kepada anak-anak mereka.

Beliau menegaskan pendekatan semasa pendidikan tidak lagi seperti di masa lalu yang hanya memberi fokus terhadap peranan guru untuk mendidik anak-anak di sekolah.
Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) menambah dari segi aspek gangguan terhadap fokus belajar, para pelajar di luar bandar berada dalamsituasi yang lebih baik berbanding dengan para pelajar di bandar.

Beliau berkata di bandar terlalu banyak gangguan-gangguan yang boleh mengakibatkan para pelajar hilang fokus terhadap pelajaran mereka.

Abdul Karim berharap para pelajar di luar bandar mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran mereka.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Asajaya Habari Bakar, Temenggung Chek Bujang, dan pengetua SMK Hajjah Laila Taib Judah Ahmad. -@ybkarimsays

No comments:

Post a Comment