Sunday 11 October 2015

Jadikan sukan dan riadah sebagai budaya hidup

October 11, 2015

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Dato Sri Ali Mahmud bergambar bersama-sama pemenang dan peserta pertandingan bolasepak



ALBUM: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
dan Dato Sri Ali Mahmud bergambar bersama
para peserta 
KOTA SAMARAHAN: Aktiviti sukan dan riadah patut dijadikan sebagai satu budaya kehidupan dalam masyarakat.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah membuat gesaan ini ketika merasmikan Hari Sukan Negara 2015 Peringkat Bahagian dan Daerah Samarahan di The Summer Shopping Mall di sini petang semalam.

Beliau menegaskan gaya hidup yang sihat melalui pembabitan yang aktif dalam sukan ataupun riadah dapat membantu rakyat mendapatkan kesihatan yang baik.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
menyampaikan ucapan
"Kita semua tidak mahu sakit. Kalau tidak mahu sakit, salah satu cara (untuk mengelak daripada mendapat penyakit) ialah sentiasa amalkan hidup yang sihat" melalui aktiviti sukan, kata Menteri Muda Pembangunan Belia yang juga wakil rakyat DUN Asajaya.

Beliau melahirkan harapan agar para peserta Hari Sukan Negara 2015 meneruskan pembabitan mereka dalam aktiviti sukan dan riadah bagi membantu merealisasikan pembentukkan budaya sukan dalam masyarakat.

"Sukan adalah satu cara untuk mendapatkan bentuk badan yang baik dan juga kehidupan yang teratur," kata Abdul Karim, sambil menambah: "Jadikanlah ia satu budaya hidup."



Kanak-kanak yang terlibat dalam pertandingan
mewarna
Menyentuh mengenai pengelolaan Hari Sukan Negara 2015 peringkat Bahagian dan Daerah Samarahan, beliau berpendapat ianya telah dilaksanakan dengan jayanya.

"Kalau kita lihat penyertaan dalam acara-acara yang diadakan diperingkat (Bahagian dan Daerah) Samarahan ini, saya merasakan bahawa ia telah dapat mencapai kejayaan 100%," ujar beliau lagi.

Selepas memberi ucapan, Abdul Karim menyampai hadiah-hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan sempena Hari Sukan Negara 2015.

Turut hadir ialah Residen Kota Samarahan Abdul Rahman Sebli Senusi dan Ahli DUN Muara Tuang Dato Sri Haji Ali Bin Mahmud. -@ybkarimsays



























No comments:

Post a Comment