Sunday, 24 August 2014

Karim mahu aktiviti sukan ragbi dipergiatkan lagi

August 24, 2014

KUCHING: Menteri Muda Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mahu agar lebih banyak aktiviti sukan ragbi dianjurkan untuk manfaat anak-anak muda.

Beliau menegaskan pembabitan anak-anak muda secara aktif dalam sukan ini bukan sahaja memartabatkan sukan itu sendiri tetapi mampu meningkatkan disiplin mereka.

“Kita berharap sukan sep-erti ini dapat mencungkil ban-yak bakat baharu agar dapat dibawa ke peringkat lebih tinggi dan pada masa yang sama lebih mendisiplinkan mereka.

“Malah, mampu menger-atkan silaturahim kalangan pelajar dan pasukan yang terlibat,” katanya ketika berlangsungnya majlis penyampaian hadiah Festival Ragbi Bawah 15 Tahun sempena Festival Kuching.

Sementara itu, Pengerusi Pengelola Festival Kuching Karnival Sufian Aten memberitahu program berkenaan adalah anjuran tahunan sempena Festival Kuching.

“Ia bagi bukan sahaja untuk menyerlahkan bakat-bakat muda tetapi penting mewu-judkan semangat berpasukan di kalangan pemain,” ka-tanya.

Dalam kejohanan ini, Sekolah Menen-gah Kebangsaan (SMK) Ag-ama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW) buat julung kalinya muncul sebagai juara selepas menumpaskan Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah.
 
SHOAW yang menjuarai perlawanan tumpuan apabila menewaskan pasukan lawan dengan 12-7 selepas pada mulanya ketinggalan apa-bila pasukan Kolej Abdillah memulakan skor pada masa pertama.

Bagaimanapun, SHOAW bangkit pada masa kedua dengan tujuh mata sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan seri 7-7 dan menam-bah skor lima mata pada masa tambahan.

Perlawanan yang diadakan di Padang Ragbi Song Kheng Hai itu menyaksikan 10 buah sekolah menengah lain dari Kota Samarahan, Kuching dan Matang turut bersaing dalam pelbagai kategori.

(Artikel diatas telah diedit untuk kesesuaian pendekatan penyampaian. Artikel asal ada di sini.)

No comments:

Post a Comment