Friday, 2 August 2013

PNKAS agih sumbangan untuk ahli


KETIBAAN lebaran tahun ini penuh bermakna buat sebilangan ahli Persatuan Nelayan Kawasan Asajaya/Semera (PNKAS). 

Baru-baru ini badan induk berkenaan mengagihkan sumbangan amal Ramadan kepada 96 ahli yang berusia lebih 60 tahun sebagai meringan beban di samping menampung keperluan dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Semera, Sadong Jaya dan disempurnakan oleh Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar), Haji Abdul Karim Rahman Hamzah.

Karim dalam ucapan ringkasnya berakata, para ahli PNKAS sememangnya bertuah kerana mempunyai barisan tenaga exco yang begitu perihatin dalam menyediakan keperluan tersebut. 

“Satu pendekatan yang istimewa dilakukan barisan exco PNKAS kerana berjaya menyediakan keperluan seperti sumbangan ini. 

“Saya percaya adanya sumbangan tersebut akan dapat meringankan beban penerima terutama dalam menampung keperluan bagi menghadapi hari raya yang akan menjelang tiba,” jelas beliau.

Sambil pada masa sama beliau berharap usaha tersebut akan dapat diteruskan di masa akan datang. Hadir sama pada majlis tersebut Penolong Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Ahim Noh serta Ketua Unit Pembangunan Masyarakat Nelayan LKIM Sarawak, Awang Khalid Awang Kamarudin serta Kaunselar Tegak Mat.

No comments:

Post a Comment