Pages

Wednesday, 19 September 2012

Prasarana, keselamatan Samarahan akan diperkasa


SAMARAHAN: Kerajaan akan terus memantapkan kemudahan sama ada dari segi prasarana mahupun keselamatan di Daerah Samarahan yang mana populasinya semakin meningkat ekoran pembangunan pesat membabitkan taman-taman perumahan.

Menteri Muda Perumahan Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kini terdapat lebih 8,000 buah rumah di taman-taman perumahan di Samarahan dengan kebanyakan penduduk yang mendiami kawa-san tersebut merupakan golo-ngan muda dan profesional.

“Kita akan lihat kekurangannya supaya masyarakat men-dapat keselesaan.

“Inilah keadaan yang kita mahu lihat,” katanya berucap pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri Malaysia Raya 2012 anjuran bersama Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Samarahan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Desa Ilmu, Samarahan di sini, malam kelmarin bagi mewakili Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sehubungan itu, Karim yang juga Menteri Muda Belia me-nyarankan para pemimpin di peringkat taman perumahan agar melihat dan merancang keperluan kemudahan di kawasan masing-masing.

Terdahulu, Pengerusi JKKK Taman Desa Ilmu Abg Ideris Abg Jemali menyuarakan keperluan kemudahan bagi kawasan itu seperti sekolah rendah, gelanggang futsal dan pondok polis kerana bilangan penduduknya yang semakin bertambah.

“Sebuah sekolah rendah perlu diwujudkan di Desa Ilmu bagi menampung jumlah kanak-kanak yang semakin bertambah, di mana sekarang ibu bapa perlu menghantar anak-anak ke sekolah yang terletak agak jauh dari rumah mereka.

“Begitu juga pentingnya cadangan untuk mewujudkan pondok polis kerana inisiatif ini akan menghalang kejadian jenayah dan masalah sosial yang berleluasa.

“Bagi gelanggang futsal, ia akan membolehkan golongan muda beriadah dan mengamalkan aktiviti hidup yang sihat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi DUBS Samarahan Ismawi Muhammad menyifatkan pembangunan pesat di Samarahan juga merupakan penyumbang kepada penjanaan ekonomi penduduk setempat khasnya Bumiputera menerusi aktiviti keusahawanan.

“Pasaran perniagaan adalah besar dan ini akan menarik penglibatan ramai penduduk yang terdiri daripada kaum Bumiputera di dalam keusahawanan.

“Jika dibandingkan di bandar raya Kuching, peratusan usahawan Bumiputera di Samarahan adalah lebih tinggi,” katanya.

Di samping itu, beliau turut menggesa pihak kerajaan supaya melihat keperluan peniaga-peniaga kecil yang berniaga di pangkalan feri Samarahan.

“Mereka (peniaga kecil di pengkalan feri) perlu diberi perhatian, misalnya dari segi tapak perniagaan yang sesuai dan selesa,” katanya.

No comments:

Post a Comment