Baru baru ini saya teleh memberi peringatan kepada mana mana individu dalam siasatan #PUI kes #Covid-19 yang menggunakan gelang tangan pengesanan supaya tidak menanggalkannya serta mematuhi arahan ditetapkan terutama berkaitan proses kuarantin.
Saya turut menegaskan bahawa penggunaan ‘tag tangan’ itu amat penting kerana ia adalah satu daripada kaedah untuk mengawal penularan Covid-19. Justeru, adalah menjadi satu kesalahan di bawah akta kawalan wabak ini dan boleh dihukum menanggalkannya sebelum tamat tempoh kuarantin.
Harapan kita adalah bagi mereka yang dikehendaki memakai tag ini dapat menggunakannya sehingga tamat tempoh penggunaan kerana ianya adalah untuk keselamatan dan kebaikan semua.
Terima kasih diucapkan kepada rakan #Media dari #SarawakVoice kerana sudi menemuramah saya untuk mengulas mengenai tindakan seorang lelaki yang menyerah diri di Balai Polis #Sibu Jaya pada 25 Mei lalu selepas menyedari dirinya dicari kerana melanggar arahan kuarantin di rumah.
Harus kita ingat bahawa si pemakai gelang tangan ini bukanlah penjenayah yang perlu dipantau secara ketat dan ianya hanyalah untuk membantu pihak kerajaan dalam memutuskan rantaian penularan virus #Covid-19. Orang ramai pun harus memainkan peranan untuk menegur mana mana pemakai gelang tangan QR kod yang berada diluar kawasan rumah agar mereka tidak berkeliaran ditempat yang dibenarkan selama tempoh kuarantin.
No comments:
Post a Comment