Friday 22 May 2020

Sektor pelancongan dijangka akan bangkit semula

Saya telah menyuarakan pendapat dan keyakinan terhadap kebangkitan sektor pelancongan di negeri #Sarawak selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat #PKPB berakhir 12 Jun ini. 
Terima kasih diucapkan kepada rakan rakan #Media yang sudi menemuramah saya mengenai perkara ini dan kita mesti bersikap positif serta yakin bahawa Kerajaan #Sarawak akan dapat mengembalikan sektor pelancongan ke atas landasan yang sewajarnya.
Apa yang penting ialah kita perlu menghidupkan kembali sektor ini dan menggerakkan industri #budaya dan #kesenian ke tahap sama seperti sebelum #PKP kerana pada amnya sektor #pelancongan di seluruh dunia terpukul teruk penularan virus #Covid-19. Ancaman pandemik Covid-19 turut melumpuhkan sektor penerbangan dan perhotelan diseluruh dunia.
Oleh itu, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri #Sarawak ada membincangkan strategi untuk menggerakkan sektor pelancongan dan sukan.
Untuk rekod, #Sarawak sebelum ini telah menyasarkan 5 juta pelancong ke negeri ini pada tahun ini, tetapi ancaman pandemik menjejaskan sasaran berkenaan. Saya tak sabar lagi untuk melihat kedua-dua sektor itu dihidupkan kembali sebaik-baik sahaja PKPB ditarik balik. Kini kita masih mengadakan dialog dengan semua agensi di bawah kementerian bagaimana untuk bergerak ke hadapan sehingga tahun depan.

No comments:

Post a Comment