Thursday 16 November 2017

Sarawak cuba berunding dengan Kerajaan Persekutuan untuk lebih banyak hasil Cukai Pelancongan

November 16, 2017

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan akan berusaha mendapatkan lebih lagi hasil daripada Cukai Pelancongan negara kepada negeri Sarawak.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pihaknya sedia maklum bahawa hasil Cukai Pelancongan akan diberi sama rata sebanyak 10 peratus kepada setiap negeri dalam Malaysia.

“Walaupun demikian, kita sedang cuba berunding dengan kerajaan persekutuan bagi mendapatkan lebih banyak lagi hasil Cukai Pelancongan negara untuk Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan David Wong Kee Woan (DAP-Pelawan) berhubung cukai pelancongan negara semasa menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini, semalam.

Sementara itu, Karim turut menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan mana-mana kawasan dalam ne-geri Sarawak termasuk bahagian Sibu untuk dimasukkan dalam pelan Rancangan Malaysia Ke-12.

Katanya mengambil contoh dalam sektor pelancongan, kementerian beliau menerusi Lembaga Pelancongan Sarawak telah membantu dengan mempromosikan penganjuran Festival Kebudayaan Borneo dan pertandingan badminton di Sibu.

“Ini adalah antara promisi yang kita bantu untuk memperkenal-kan Sibu. Apa-apa pun, usaha mempromosikan Sibu juga terletak kepada pemimpin untuk memperkenalkan produk pelancongan di kawasan mereka.

“Sektor pelancongan bukan hanya tertumpu kepada mempromosikan taman negara dan muzium sahaja tetapi ia amat menyeluruh misalnya merangkumi produk makanan, perabot dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, Karim berkata kementeriannya sedang berusaha mendapatkan perhubungan yang lebih baik bagi menarik kedata-ngan pelancong.

“Dengan adanya kemudahan yang lebih baik, kita dapat menarik pelancong berkunjung ke kawasan lain di negeri ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa), Karim memberitahu bahawa Lembaga Pelancongan Malaysia sememangnya berusaha dan turut membantu mempromosikan sektor pelanco-ngan Sarawak termasuk negeri lain dalam Malaysia.

“Lembaga itu bukan sahaja bertanggungjawab mempromosikan Semenanjung Malaysia, tetapi juga seluruh negeri dalam Malaysia untuk sektor pelancongan mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment