Thursday 16 November 2017

3.72 juta pelancong lawat Sarawak setakat September

November 16, 2017

Peningkatan 9.81 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, jana resit pelancongan dianggarkan RM6.9 bilion

PERSIDANGAN: Karim bersama Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shim melihat ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan DUN di Kompleks DUN, Kuching, semalam.
KUCHING: Sarawak menerima 3.72 juta pelancong dari Januari hingga September tahun ini, pe-ningkatan sebanyak 9.81 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Menteri Pelancongan, Ke-senian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia telah menjana resit pelancongan yang dianggarkan berjumlah RM6.9 bilion.

Menurut beliau, berdasarkan trend lalu, purata ketibaan untuk bulan Oktober hingga Disember, kementeriannya menjangkakan kedatangan lima juta pelawat ke Sarawak pada 2017 iaitu peningkatan sebanyak 7.3 peratus berbanding 4.66 juta pada 2016.

“Sektor Pelancongan Sara-wak dijangka menjana resit pelancongan sebanyak RM8.98 bilion (peningkatan 6.9 peratus), menyumbang sebanyak 8.2 peratus ke arah keluaran dalam negara kasar negeri dalam tahun 2017.

“Bagi tahun 2018, kemen-terian saya menyasarkan 5.25 juta kedatangan pelawat dengan jangkaan resit pelancongan sebanyak RM9.82 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini, semalam.

Dalam pada itu, bagi meng-iktiraf sumbangan penting sektor pelancongan kepada ekonomi negara melalui sektor perkhidmatan, Karim berkata kerajaan melalui Program Transformasi Sosio-ekonomi telah meluluskan 14 projek Bidang Keberhasilan Utama (KRA) dan program bernilai RM 51 juta awal tahun ini.

“Daripada 14 projek dan program terbabit, dua sudah siap, 10 kerja sedang dalam proses dan dua pula dalam peringkat awal.

“Sejumlah RM11.3 juta telah dibelanjakan pada tahun ini manakala bakinya akan digunakan pada 2018 dan 2019,” katanya.

Menurutnya, projek dan program KRA merangkumi menaik taraf infrastruktur pelancongan dan kemudahan di Gua Angin, Gua Pari-Pari, kawasan Tebingan Kuching dan Jejak Warisan Kuching serta kerja menaik taraf jeti berdekatan Jambatan Santubong bagi menampung pelawat, pemancing dan penyelam di tapak RAMSAR (Tanah Bencah Kuching).

“Ia juga merangkumi pembangunan produk dan tarikan pelancongan baharu iaitu penukaran Brooke Dockyard kepada Muzium Maritim, pembinaan lalu-an pejalan kaki di hadapan bangunan DUN bagi menghubungkan jambatan pejalan kaki dengan Fort Margherita, menukarkan bangunan DUN lama menjadi pusat seni persembahan, pembinaan Muzium Lombong Emas dan taman di Bau serta menukarkan pejabat residen lama di Miri kepada Pusat kebudayaan dan Warisan,” jelasnya.

Kebanyakan projek ini dijangka siap pada hujung tahun 2018, ujarnya.

Selain projek-projek di bawah KRA tersebut, kata Karim antara projek pelancongan baharu yang dilulus dan sedang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 oleh kementerianya termasuk projek dibiayai kerajaan negeri dengan per-untukan berjumlah RM26.5 juta.

“Ia merangkumi projek Tebingan Dalat Fasa II, laluan pejalan kaki utama dari Kampung Boyan ke Fort Margherita di Kuching, menaik taraf Jalan North Yu Seng atau lebih dikenali sebagai Wireless Walk, pembangunan kemudahan pelancongan di Bakam Points, menaik taraf kerja Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujuh dan pelanco-ngan berkaitan kemudahan di Pantai Tusan, Peliau Bekenu,” katanya.

Sementara itu katanya, projek yang dibiayai kerajaan persekutuan yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan peruntukan RM28.12 juta merangkumi projek pembinaan laluan pejalan kaki dan jeti di Tanah Bencah Kuching (tapak RAMSAR), naik taraf Panchor Hot Spring di Serian dan pembinaan Baruk di Kampung Gumbang, Bau. -UtusanBorneo
  

No comments:

Post a Comment