Wednesday, 14 June 2017

Cukai Pelancongan: Karim tak salahkan Ahli Parlimen dari Sarawak


Abdul Karim menerima obor daripada Snowdan sambil disaksikan Hasidah, Shukarmin Chasemon, dan Dayang Nurfaizah.
KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah tidak menyalahkan Ahli Parlimen Barisan Nasional kerana tidak mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan kerana perbahasan dijalankan pada awal pagi.

Katanya, ia adalah yang terakhir dibentangkan dari jumlah enam Rang Undang-Undang dijadual dalam Aturan Urusan Persidangan Parlimen untuk dibahas pada hari tersebut katanya sambil menambah, masa pembentangan juga tidak sesuai.

Beliau turut mempersoalkan, mengapa pembentangan Rang Undang-Undang (Akta Cukai Pelancongan)perlu dibuat di Dewan Rakyat dalam masa yang terdesak.

"Kita mesti memahami dan melihat dari sudut pandangan bahawa Rang Undang-Undang adalah yang terakhir dibentangkan dalam Persidangan Parlimen Duduk dan jika saya tidak silap, ia dibentangkan sekitar jam 1 pagi dan berakhir sekitar jam 4 pagi.


“Pada pendapat saya, tempoh itu dianggap sebagai masa untuk orang tidur jadi mengapa ia (bahas) dijalankan dalam keadaan terdesak …. hanya Parlimen sahaja tahu jawapan itu,” katanya ditemui ketika menghadiri Program Sambutan Peserta Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Tebingan Kuching, semalam.

Ditanya jika beliau ada bercakap dengan mana-mana Ahli Parlimen BN sejak konflik antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz tercetus, Abdul Karim berkata, beliau telah bertanyakan situasi pada masa tersebut.

"Saya bertanya dengan Ahli Parlimen BN Sarawak mengenai situasi tersebut, jam berapa perbahasan dijalankan, dan jika sesiapa (dari Sarawak) terlibat dalam perbahasan dan mereka beritahu saya bahawa tidak semua yang berada dalam kamar dan ada juga beberapa Ahli Parlimen yang tertidur.

“Sebab itu kadang-kadang saya merasakan prosedur atau perundangan perlu lebih diperhalusi aga tidak mengakibatkan komplikasi, contohnya semasa perbahasan, perlu ada sejumlah elaun diberikan,” katanya.

Difahamkan berdasarkan Hansard Parlimen bertarikh April 5, tidak ada Ahli Parlimen dari kedua-dua pihak, BN dan pembangkang, turut serta dalam perbahasan bagi mengemukakan pandangan dalam Cukai Pelancongan.

Abdul Karim menambah, perkara itu akan dibincang bersama barisan Kabinet negeri dalam mesyuarat yang akan diadakan pada 22 Jun ini.

"Kita tunggu sahaja keputusan Kabinet, kerana saya tidak boleh membuat sebarang keputusan membelakangi Ketua Menteri. Kita mahu keputusan yang dibuat nanti memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak, supaya tidak timbul kesulitan," ujarnya.

Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, ketika ditanya mengapa tidak ada Ahli Parlimen dari Sarawak menyuarakan bantahan terhadap Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan apabila dibacakan di Parlimen berkata:

“Kita Ahli Parlimen dari Sarawak tidak dapat bercakap menentang Rang Undang-Undang kerajaan (Cukai Pelancongan). Ini adalah apa yang kita panggil tanggungjawwab bersama dan diamalkan di setiap negara Komanwel.

“Jika anda mahu tahu mengapa Ahli Parlimen Sarawak tidak bersuara terhadap Rang Undang-Undang itu, anda perlu bertanya kepada Ahli Parlimen yang tidak mempunyai apa-apa jawatan menteri,” katanya yang merupakan Ahli Parlimen Santubong.

Dalam perkembangan lain, Abdul Karim ketika diminta mengulas kenyataan yang dimuat naik Papagomo dalam satu posting di akaun Facebook, Sir Azri menegaskan, tiada keperluan bagi Papagomo untuk masuk campur dalam isu yang berlaku sekarang.

"Dia (Papagomo) tak patut masuk campur urusan (Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat) ini.

"Kita tahu dia, sekejap bagus, sekejap tak bagus, saya rasa dia patut tidur sahaja," katanya. -UtusanBorneo
  

No comments:

Post a Comment