Monday 30 March 2015

Karim puji komitmen Persatuan Bolasepak Bahagian Sibu



SIBU: Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Hamzah memuji usaha Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu (SDFA) yang tidak pernah berputus asa menganjurkan apa-apa pertandingan bola sepak di kalangan belia tempatan di sini.

Beliau berkata, melalui usaha SDFA itu membolehkan bola sepak di sini membangun dan mendapat sambutan mengalakkan.

“Seperti kita semua maklum bola sepak adalah sukan mempunyai berjuta-juta peminat bukan sahaja di Sarawak, tetapi seluruh dunia.

“Oleh itu, sukan bola sepak juga membantu tubuh badan cergas dan minda sihat setiap masa,” katanya ketika menyempurnakan sepak mula Piala Sumbangsih seterusnya Liga Sibu 2015 di Stadium Tun Zaidi, di sini petang kelmarin.

Perlawanan pembukaan Liga Sibu 2015 dan Piala Sumbangsih membabitkan pasukan V8 FC dan Bushna Nazario FC.

Pasukan V8 FC adalah juara Liga Sibu 2014, manakala Bushna Nazario juara Piala FA Sibu 2014.

Abdul Karim berkata, selain menganjurkan Liga Sibu 2015 SDFA juga boleh menganjurkan kejohanan bola sepak sama ada antara sekolah, daerah atau bahagian.

“Melalui bola sepak adalah sebuah landasan menggalakkan persahabatan antara kedua-dua negara berbeza,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan geran sejumlah RM10,000 untuk SDFA.

Sementara itu, Liga Sibu 2015 disertai seramai 24 pasukan dengan 10 pasukan bermain dalam Divisyen 1 manakala 14 lagi pasukan beraksi dalam Divisyen 2.

Penaja utama liga ini adalah Lea Sport Centre.

Hadir sama Setiausaha SDFA, Abdul Hajis Abdullah.

No comments:

Post a Comment