Wednesday 18 May 2011

Abdul Karim tekad bawa banyak perubahan buat Asajaya


ASAJAYA: Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdul Karim Rahman Hamzah bertekad akan membawa lebih banyak pembangunan dan perubahan pesat berlaku di Asajaya dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata, walaupun secara fizikalnya sememangnya Asajaya telah membangun dengan pesat ketika ini.

Namun, katanya, masih banyak perancangan dan pembangunan terutamanya di kampung-kampung akan terus diberi perhatian untuk membangunkan rakyat di kawasan terbabit.

“Saya percaya dengan mandat besar yang diberikan oleh penduduk-penduduk dalam pilihan raya negeri lalu, maka saya dapat bekerja-sama dengan mereka untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di sini.

“Justeru, saya mempunyai lima teras perancangan pembangunan untuk kawasan ini yang merangkumi pendidikan (modal insan), ekonomi, so-sial, infrastruktur asas dan kesihatan,” katanya.

Berucap pada majlis me-raikan kemenangan beliau di Kompleks Sukan Asajaya di sini Ahad lalu, Abdul Karim berkata, segala perancangan itu akan diterjemahkan secara berperingkat-peringkat demi kemajuan rakyat di sini.

Beliau yang menang dengan majoriti besar menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Arip Ameran pada pilihan raya negeri lalu, percaya rakyat di sini akan berdiri teguh di belakang kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya berharap penduduk-penduduk kampung di sini akan terus mengekalkan per-paduan dan semangat kerja-sama, meskipun terdapat sedikit pertelagahan berlaku semasa pilihan raya negeri baru-baru ini,” katanya.

Abdul Karim yang telah dua penggal menjadi wakil rakyat di kawasan Asajaya percaya kawasan terbabit akan terus menerima lebih banyak pembangunan dalam RMK10 ini.

Beliau menarik perhatian bahawa transformasi ekonomi dan pembasmian kemiskinan penduduk sejagat akan diberi perhatian khusus dalam gelora gelombang kedua pembangunan negeri ini.

“Saya akan memastikan penduduk-penduduk di sini tiada yang ketinggalan dalam ledakan arus pembangunan masa akan datang,” kata-nya.

No comments:

Post a Comment