Tuesday, 30 April 2013

Abg Jo: PAS candidates laughable as ‘unknowns’ in constituency


Abang Ahmad Kerdee hails from Spaoh (Betong) and does not even live in the state.
-Tuan Haji Abdul Karim Rahman Hamzah

KOTA SAMARAHAN: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) deputy president Datuk Amar Abang Johari Tun Openg has advised people not to take seriously all candidates fielded by PAS in the state this general election.

The Housing Minister yesterday said PAS appeared to have not done their homework in the constituencies, judging from the candidates that the Islamic-based party had fielded to face Barisan Nasional.

Based on the issues raised in the respective areas, most of the candidates seem outdated or are not fully aware of the update and efforts taken by the government to resolve the matters.

Citing one of the seats that PAS contested, Abang Johari said the candidate is a non-local who does not frequent that constituency to meet with the people. He mentioned that locals do not even recognise or know the candidate prior to the person’s nomination.

“They can’t even field the right candidate. Most of PAS candidates do not even know the background and needs of their respective constituents. It appears that they did not do their homework in these constituencies.

“Even if the candidate is an outsider, this would be fine if the person knows the situation or background of the constituency and its constituents. Otherwise, they would just become a laughing stock,” Abang Johari told reporters after officiating at the earth-breaking ceremony for Taman Sri Tuang Phase III affordable housing project near here yesterday.

Abdul Karim Rahman Hamzah, in his speech earlier, cited PAS Kota Samarahan candidate Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus an example of a non-local contesting in a constituency that the candidate rarely visited.

Perubahan pesat hasil usaha kerajaan BN


ASAJAYA: Perubahan persekitaran hasil kepesatan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) ketika ini tidak seharusnya diperdebatkan lagi. 

Justeru, dalam konteks yang sama masyarakat sudah boleh menilai sendiri betapa besar sumbangan yang diberikan oleh kerajaan, sekali gus sedar akan kemasukan pelbagai isu yang dibawa pihak pembangkang semata-mata mahu mengelirukan fikiran mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.14 Asajaya, Haji Abdul Karim Rahman Hamzah mengingatkan kepada masyarakat madani hari ini bahawa transformasi dilalui negara dengan kepesatan pembangunan segenap ceruk rantau adalah hasil kebijaksanaan pemerintahan kerajaan (BN) selama ini.

“Tidak perlu dipersoalkan lagi ketika ini dan tiada kerajaan lain yang mampu memimpin serta memberi selain menyedikan kemudahan untuk pembangunan setempat negeri ini selain Barisan Nasional (BN). 

“Oleh yang demikian, adapun isu yang cuba diselitkan pihak pembangkang ketika ini semata-mata mahu meraih simpati dalam usaha mereka memecahbelahkan perpaduan yang telah lama terbentuk,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Juara-Juara Piala Eastdeal Samarahan 2013 di Kampung Sambir, Asajaya semalam.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Agung FAS, Abdullah Julaihi, Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan Bola sepak Bahagian Kuching (PBBS), Ir Haidel Heli dan Ir Haji Ismawi Muhammad, Pemangku Pegawai Daerah Asajaya, Zulkifli Yusuf, Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.14 Asajaya, Encik Buang Bolhassan, Haji Mohd. Iskana Bujang, Abang Ideris Abang Haji Jamali serta ketuaketua masyarakat mewakili kampung sekitar kawasan terbabit. 

Team Boss julang Piala Eastdeal Samarahan

April 30, 2013

RAI KEJUARAAN: Abdullah, Zulkifli, Abdul Karim dan Haidel bersama-sama 
dengan penduduk Kampung Sambir meraikan kemenangan Team Boss di 
Kampung Sambir, Ahad lalu.

KUCHING: Pasukan handalan dari Sambir, Team Boss menjulang Piala Eastdeal Samarahan 2013 selepas menundukkan wakil dari Serian, KBLH Gedong dengan 1-0 pada perlawanan akhir di Padang Bola Sepak Kampung Sambir, Asajaya kelmarin (Ahad).

Gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh penjaring terbanyak kejohanan, Yusri Hafizan Wahap pada minit ke-35 pada separuh masa kedua.

Kejayaan itu memastikan skuad bimbingan Jalek Japar meraih hadiah lumayan wang tunai berjumlah RM3,000 berserta piala dan pingat.

Manakala KBLH Gedong yang turut menampilkan aksi cemerlang pada saingan suku dan separuh akhir menerima RM1,500 berserta piala dan pingat.

Tempat ketiga pula milik KPRS Empila setelah mereka berjaya menewaskan Kanda FC dengan 2-0.

Empila membawa pulang RM750, piala dan pingat manakala Kanda FC meraih RM400, piala dan pingat.

“Syabas kepada semua pemain kerana telah menunjukkan dedikasi serta komitmen tinggi sepanjang saingan untuk muncul juara,” kata Jalek ditemui selepas perlawanan.

Galeri: Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Tuang

April 30, 2013

RUMAH UNTUK RAKYAT ... Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg (tengah) bersama Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Dato’ Seri Haji Mohd Ali Mahmud, Rubiah Haji Wang dan Datuk Abang Abdul Rauf Abang Zen melihat model rumah selepas Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Tuang, Asajaya, semalam

QUALITY HOMES: Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (centre) admiring the model of an affordable housing unit at Taman Sri Tuang phase III project. Also seen are (from left) Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen, Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Rubiah Wang and Dato' Seri Haji Mohd Ali Mahmud (right). Borneo Post

Sambir kalahkan Serian untuk julang Piala Eastdeal Samarahan

April 30, 2013

RAI KEJUARAAN: Abdullah, Zulkifli, Abdul Karim dan Haidel bersama-sama dengan penduduk Kampung Sambir meraikan kemenangan Team Boss di Kampung Sambir, Ahad lalu.
KUCHING: Pasukan handalan dari Sambir, Team Boss menjulang Piala Eastdeal Samarahan 2013 selepas menundukkan wakil dari Serian, KBLH Gedong dengan 1-0 pada perlawanan akhir di Padang Bola Sepak Kampung Sambir, Asajaya kelmarin (Ahad).

Gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh penjaring terbanyak kejohanan, Yusri Hafizan Wahap pada minit ke-35 pada separuh masa kedua.

Kejayaan itu memastikan skuad bimbingan Jalek Japar meraih hadiah lumayan wang tunai berjumlah RM3,000 berserta piala dan pingat.

Manakala KBLH Gedong yang turut menampilkan aksi cemerlang pada saingan suku dan separuh akhir menerima RM1,500 berserta piala dan pingat.

Tempat ketiga pula milik KPRS Empila setelah mereka berjaya menewaskan Kanda FC dengan 2-0.

Empila membawa pulang RM750, piala dan pingat manakala Kanda FC meraih RM400, piala dan pingat.

“Syabas kepada semua pemain kerana telah menunjukkan dedikasi serta komitmen tinggi sepanjang saingan untuk muncul juara,” kata Jalek ditemui selepas perlawanan.