Sunday, 3 July 2016

Challenge to state athletes to go for 4th Sukma crown



KUCHING: It has been a 22-year wait. Sarawak have been Sukma overall champions three times in 1990, 1992 and 1994.

State contingent chef-de-mission Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah has taken up the challenge to strive for another Sukma championship title.

“This year, our goal is to get a total of 72 gold medals, as well as to become the overall champion for Sukma 2016. Hopefully it will be a great year for us as we hope to achieve the coveted title for the fourth time since its establishment in 1986,” he said yesterday.

Abdul Karim, who is also the Youth and Sports Assistant Minister, added that the state government has given full support to athletes in preparation for the national games.

The support included providing good coaches to the various sports, and training and exposure opportunities, both locally and overseas, for the athletes.

“We are very well prepared for Sukma Games 2016,” he stressed.

He also identified wushu, taekwondo, silat, petanque, volleyball and cycling among the sports that have emerged as potential major medal contributors this year.

Jangan libatkan diri dengan dadah -Karim

July 3, 2016

BERSEMANGAT: Manyin bersama Abdul Karim, Morshidi dan Dr Ong menunjukkan isyarat bagus pada sesi memperkenal pakaian rasmi Kontinjen SUKMA Sarawak di Kuching semalam.

KUCHING: Chef-de-mission Kontingen SUKMA Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengingatkan semua atlet agar tidak terlibat dalam isu penyalahgunaan bahan terlarang.

“Isu doping amat ditekankan kepada mereka (atlet dan jurulatih) kerana kita tidak mahu berdepan masalah selepas menang dalam acara yang dipertandingkan,” katanya yang juga Pengerusi PEMADAM Negeri Sarawak, kepada sebuah akhbar harian berbahasa Melayu, ketika ditemui dalam Program ‘Meet and Greet’ Bersama Atlet SUKMA Sarawak di sebuah pusat membeli-belah di bandar raya ini semalam.

Manakala Menteri Belia, Sukan dan Solidariti, Dato Sri Micheal Manyin Jawong berkata sasaran mengutip 72 pingat emas pada edisi kali ini menjadi suntikan semangat kepada atlet-atlet kontinjen Sarawak.

“Kita akan melakukan yang terbaik bagi memastikan kejuaraan SUKMA XVIII menjadi milik Sarawak sekali gus mengulangi kejayaan pada 1990, 1992 dan 1994,” katanya ketika berucap dalam program yang sama. 

Manyin mahu penantian selama 22 tahun sejak menjuarai SUKMA 1994 membuahkan hasil terutamanya menjadi tuan rumah bagi penganjuran edisi ke-18 ini.

Sementara itu, beliau turut menggesa semua atlet supaya menanamkan matlamat tinggi ‘Agi Idup Agi Ngelaban’ untuk mencapai sasaran pingat emas.

“Kita berharap semua atlet akan memperolehi pingat yang disasarkan justeru itu persiapan rapi penting dari segi aspek fizikal dan mental,” katanya.

Saturday, 2 July 2016

Rakyat Sarawak diseru agar beri sokongan pada atlit Sarawak

KAMEK MOK EMAS! Dato Sri Michael Manyin Jawong, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani bersama-sama atlit-atlit Sarawak selepas berakhirnya majlis.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ditemuramah
oleh RTM.
KUCHING: Chef de Mission SUKMA ke-18 Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru rakyat Sarawak agar memberi sokongan padu kepada atlit-atlit Bumi Kenyalang ketika Sukan Malaysia berlangsung mulai Julai 22 ini.

Beliau berkata sokongan yang padu ini amat penting untuk memberi motivasi kepada atlit-atlit Sarawak agar berjuang sepenuh hati untuk mengharumkan nama Sarawak di pentas sukan nasional.

Abdul Karim berkata demikian dalam sesi temuramah oleh sebuah TV internet swasta VisionTechTV setelah berakhirnya Majlis Perjumpaan Atlit Sarawak SUKMA XVIII dan Pelancaran Pakaian Kontingen Sarawak di VivaCity Mega Mall pagi tadi.

TERBAIK: Dato Sri Michael Manyin Jawong, diapit oleh Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dalam sesi memperkenalkan pakaian kontingen SUKMA Sarawak.

Beliau juga melahirkan keyakinannya bahawa Sarawak sudah bersedia untuk menyambut kedatangan atlit-atlit SUKMA dari seluruh negara.

Kita merasa yakin untuk muncul sebagai juara dalam Sukan Malaysia tahun ini, kata Abdul Karim, sambil menambah, Sarawak juga berazam untuk menjadi penganjur yang terbaik untuk sukan tersebut.

KAMEK MOK EMAS! Dato Sri Michael Manyin Jawong, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani bersama-sama atlit-atlit Sarawak selepas berakhirnya majlis.

Beliau seterusnya berkata untuk SUKMA edisi ke-18, Sarawak mensasarkan 72 emas.

Abdul Karim telah diberi penghormatan untuk memperkenalkan pakaian kontingen SUKMA Sarawak dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan dan Perpaduan Dato Sri Michael Manyin Jawong, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan dan Perpaduan Kameri Affendi.

SEGAK DAN KEMAS! Pakaian kontingen SUKMA Sarawak untuk Sukan Malaysia edisi ke-18.