Wednesday 18 April 2018

Karim sokong Rubiah pertahan kerusi Parlimen Kota Samarahan


SIMBOLIK: Karim ditemani Rubiah menyempurnakan simbolik perasmian mula kerja pembinaan masjid baharu Kampung Tanjung Bundong.
KOTA SAMARAHAN: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyatakan sokongan padu kepada penyandang kerusi Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan itu berkata, untuk itu jentera parti di Parlimen Kota Samarahan harus memberi sokongan padu untuk memastikan kubu kuat itu kekal milik BN.

“Saya memberi sokongan kepada beliau untuk menjadi calon sekali lagi untuk mewakili Parlimen Kota Samarahan pada PRU14 ini.

“Pembinaan dua masjid di Samarahan ini adalah antara bakti dan usaha beliau sejak dipilih menjadi wakil rakyat di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian mula kerja pembinaan masjid baharu Kampung Tanjung Bundong di sini semalam.

Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata, sokongan ber-terusan daripada rakyat penting agar kesinambungan perancangan pembangunan yang dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar.

Menyentuh mengenai pembinaan masjid baharu itu, beliau menjelaskan bahawa ia menelan kos RM2 juta dan dijangka siap dalam tempoh satu tahun.

Selepas itu, Karim bersama Rubiah menghadiri perasmian mula kerja pembinaan masjid baharu Kampung Niup.

Masjid baharu Kampung Niup itu juga menelan kos RM2 juta dan dijangka siap dalam tempoh satu tahun.

Turut hadir Pegawai Daerah Samarahan Mohd Ainnie Wahab, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua kaum Samarahan. -UtusanBorneo
  

No comments:

Post a Comment