Friday 2 February 2018

Abdul Karim tidak bertanding Naib Presiden Kanan


KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (gambar) memutuskan untuk tidak bertanding jawatan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), sekali gus memberi laluan kepada Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof jika tiada pencalonan lain.

Spekulasi sebelum ini menyatakan Abdul Karim yang kini merupakan Ahli Majlis Tertinggi dan Fadilla, Ketua Pemuda antara yang bertanding bagi jawatan itu.

Abdul Karim berkata keputusan untuk tidak bertanding bagi jawatan berkenaan selepas mempertimbangkan kepentingan parti selain mengelakkan sebarang perpecahan yang boleh menjejaskan tumpuan PBB semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

"Pada saya parti perlu diutamakan..selepas mengambil kira kepentingan parti terutama dalam menghadapi pilihan raya umum saya memutuskan untuk tidak bertanding (naib presiden kanan).

"Saya telah berbincang dengan Datuk Seri Fadillah bahawa beliau harus meneruskannya," katanya dipetik menerusi The Borneo Post hari ini.

Sebaliknya Abdul Karim memutuskan untuk salah satu daripada empat jawatan naib presiden bagi Sayap Bumiputera, dimana tujuh calon setakat ini menunjukkan minat mereka.

"Saya akan bertanding (naib presiden)..saya telah dilantik menjadi menteri saya rasa cukuplah kerana banyak kerja dilaksanakan sebagai menteri dan jika ditambah dengan naib presiden kanan, lagi banyak kerja," katanya. -UtusanBorneo
 

No comments:

Post a Comment