Monday, 30 November 2015

Golongan belia perlu dibimbing untuk perhebatkan pencapaian

November 30, 2015

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan hadiah kepada wakil kumpulan yang memenangi salah satu pertandingan yang diadakan


ASAJAYA: Generasi muda mesti diberi bimbingan yang mampu membantu mereka memperhebatkan lagi pencapaian yang sedia ada.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sekiranya generasi muda tidak berada di landasan yang betul, maka masa hadapan negeri dan negara tidak menjanjikan sesuatu yang membanggakan.

Kegembiraan penerima hadiah utama cabutan bertuah 
"Kita perlu sedar bahawa mereka inilah yang akan membentuk barisan kepimpinan di masa hadapan.

Mereka akan mewarisi apa jua yang sedia ada pada masa kini."

Atas sebab itu, "kita mesti menanam dalam jiwa anak-anak muda" dengan semangat-semangat seperti "semangat ketabahan, patriotisme dan mahu melihat masyarakat dan negera berjaya."

Gadis cilik mendeklamasi sajak
Abdul Karim berkata demikian ketika merasmikan majlis penangguhan dan penyampaian hadiah Karnival Transformasi Belia 2015, yang bertemakan "Belia Tonggak Transformasi Negara", anjuran Kementerian Pembangunan Sosial di Komplek Sukan Asajaya semalam.

Beliau seterusnya menyeru barisan kepimpinan masyarakat agar berusaha mendekati generasi muda bagi membantu mereka (generasi muda) mendapatkan latihan ataupun pendidikan yang sesuai yang mampu menyediakan mereka untuk mengambil alih tampuk kepimpinan dimasa hadapan.

"Harapan saya kepada barisan kepimpinan dalam masyarakat masa kini ialah agar mereka sentiasa
Bakat tempatan memberi hiburam
bersama dan membawa generasi muda dan bantu mereka agar mereka berupaya untuk membawa pembangunan ke peringkat yang lebih tinggi."

Menyentuh tentang Karnival Transformasi Belia 2015, beliau berkata kawasan DUN Asajaya telah diberi penghormatan untuk menjadi kawasan DUN yang pertama mengadakan karnival ini.

Sebahagian daripada para hadirin
Beliau menambah dari pengamatannya, karnival ini telah mampu untuk mendekati generasi muda dengan mengadakan pelbagai program ataupun aktiviti yang menepati selera mereka.

Abdul Karim berkata secara amnya karnival ini berupaya untuk membuka minda gologan belia terhadap perkara-perkara baru yang berupaya mendorong mereka untuk berusaha memperbaiki
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan
hadiah kepada salah seorang pemenang
keupayaan dan kemahiran mereka.

"Kita mahu golongan belia memunyai daya persaingan yang tinggi kerana mereka amat penting dalam aspek pembangunan negara."

Sekiranya kita tidak mendekati mereka, ataupun kita hanya biarkan mereka lakukan apa yang mereka kehendaki tanpa sebarang usaha untuk membimbing mereka, mereka akan tergelincir dari landasan yang betul, ujar beliau lagi.

Keceriaan pemenang cabutan bertuah
Beliau juga membuat pengumuman bahawa peruntukkan sebanyak RM2 juta telah diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional Sarawak untuk membaikpulih trek larian dan bangunan Komplek Sukan Asajaya. -@ybkarimsays




Upacara Penyampaian Hadiah Pertandingan





Upacara Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah






Lain-Lain






No comments:

Post a Comment