Friday 1 July 2011

Pembangkang sukakan publisiti murahan

July 1, 2011

SANTAI: Kelihatan ADUN-ADUN yang baru menyanyi ketika majlis makan malam anjuran Kelab Penyokong BN.
KUCHING: Pengerusi Ke­lab Penyokong Barisan Nasional (BN) Abdul Karim Rahman Hamzah menyi­fatkan tindakan pihak pem­bangkang keluar dari dewan pada hari terakhir Persi­dangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru selesai sebagai publisiti murahan.

Katanya, tindakan mereka adalah sekadar untuk meraih perhatian daripada pihak media.

“Pada hari terakhir mereka (pembangkang) terpaksa membuat seolah-olah pub­lisiti murahan di mana mere­ka bertindak meninggalkan dewan sebanyak dua kali untuk mendapat perhatian media.

“Mereka meninggalkan dewan ketika Timbalan Ketua Menteri menyampaikan uca­pan penggulungan dan ketika ADUN Tarat menyampaikan ucapan penggulungan, mere­ka turut keluar,” katanya lanjut.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam anjuran kelab tersebut, dekat sini, malam kelmarin.

Sementara itu, beliau menyifatkan Persidangan DUN yang lepas telah diadakan dengan jayanya biarpun dengan kehadiran lebih ramai pihak pembangkang.

“Semua orang menanti (DUN) dengan penuh minat kerana pihak pembangkang berkata, inilah masanya untuk mereka menghentam kita.

“Semua orang boleh ber­setuju dengan saya bahawa kita telah berjaya memperta­hankan kubu kita dan boleh saya katakan kita telah berjaya menempuhinya dengan san­gat baik,” kata Abdul Karim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya.

Menurutnya juga, persi­dangan lepas telah meluluskan dua rang undang-undang iaitu Rang Undang-undang Per­bekalan Tambahan dan Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan dan Lindun­gan Tanah (PELITA) tanpa tentangan yang kuat daripada pembangkang.

Dalam pada itu, beliau memuji ADUN-ADUN BN yang baru dan beliau menyi­fatkan seminar yang diadakan sebelum persidangan adalah berkesan.

“Saya harus mengakui seminar yang dianjurkan sejurus sebelum persidangan banyak membantu ADUN-ADUN yang baru.

“Mereka menunjukkan persembahan dan penyam­paian yang begitu baik sekali tanpa rasa kekok dan seperti itik pergi ke air,” kata Abdul Karim.

Pada masa yang sama, beliau turut berkata, ini merupakan masa untuk semua wakil rakyat yang dipilih membalas balik jasa rakyat yang sentiasa memberi sokongan.

Katanya, tiada cara lain untuk berkhidmat serta mendekati rakyat kecuali lebih kerap turun padang untuk menangani masalah-masalah rakyat.

Bercakap mengenai majlis semalam, ia diadakan un­tuk membolehkan ADUN-ADUN menenangkan fikiran sebelum memulakan kerja masing-masing dan membuat persediaan untuk mengha­dapi Pilihan Raya Umum yang bakal tiba.

Turut hadir Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mah­mud, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Speaker DUN Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar serta kenamaan-kenamaan lain.
   

No comments:

Post a Comment