Thursday 17 November 2011

Karim saman Chong?


KUCHING: Abdul Karim Rah­man Hamzah (BN-Asajaya) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) terus melemparkan tuduhan tidak berasas kepadan­ya.

Beliau menjelaskan, tanah mi­liknya yang berdekatan dengan ta­pak membangunkan sesuatu projek di kawasan Siol Kandis, Petra Jaya itu terletak di luar kawasan yang termaktub dalam Seksyen 47.

“Tanah itu terkecuali daripada Seksyen 47 kerana posisinya me­mang tidak terletak dalam kawasan yang termaktub, bukannya atas kedudukan saya (dalam kera­jaan).

“Saya tidak tahu bagaimana be­liau (Chong) sampaikan perkara itu kepada orang lain, tetapi sekiranya beliau keterlaluan, saya rasa saya perlu mengambil tindakan undang-undang mengenai perkara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini, semalam.

Abdul Karim memberitahu, beliau juga tidak pernah menge­luarkan sebarang arahan agar tanahnya dikecualikan daripada Seksyen 47.

Katanya, keluarganya juga memiliki beberapa bidang tanah di kawasan tersebut yang sudah di­gunakan kerajaan untuk membina jalan dan diberi pampasan.

Terdahulu, suasana Persidangan DUN sesi petang semalam sedikit kecoh apabila Chong memperso­alkan mengapa sebahagian kecil dari kawasan tanah yang dipercayai untuk dibangunkan bagi membina Sekolah Menengah Kebangsaan Siol Kandis, Petra Jaya dikecua­likan.

Chong yang mendapati kes itu agak ‘luar biasa’ menyelidik perkara itu, dan mendapati tanah yang dimaksudkan itu dimiliki Abdul Karim dan mahu beliau menjelaskan situasi tersebut.

“Saya dapati di kawasan untuk menubuhkan Sekolah Menengah Siol Kandis Petra Jaya, terdapat sebidang tanah, yang secara kon­spirasinya dan mencurigakan, dikecualikan daripada Seksyen 47 yang menjurus saya membuat kajian dan mendapati nama pe­miliknya ialah Abdul Karim,” katanya.

Timbalan Speaker Dewan Un­dangan Negeri Datuk Roland Sagah meminta Chong menarik balik kenyataan yang berunsur syakwasangka itu.

“Anda seolah-olah mempunyai motif tersendiri. Malahan anda ada menyebut nama beliau di sini.

“Dengan itu, saya mahu anda menarik balik kenyataan ber­hubung tanah itu secara ‘gentle­man’,” katanya.
   

No comments:

Post a Comment