Saturday, 9 April 2016

Kementerian Pendidikan perlu beri perhatian kepada prasarana sekolah di Asajaya

April 09, 2016

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memeriksa peralatan sains yang dipertunjukkan dalam pameran sempena Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan SMK Asajaya.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sedang
memberi penekanan keatas butiran ucapannya.
ASAJAYA: Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru Kementerian Pendidikan agar memberi perhatian kepada keadaan prasarana sekolah-sekolah di kawasan Asajaya.

Abdul Karim berkata prasarana yang elok dan sesuai adalah penting kerana ia mampu mempengaruhi kelancaran proses pendidikan di sekolah-sekolah.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan
sijil kepada salah seorang penerima Anugerah
Kecemerlangan.
Beliau berkata sebagai wakil rakyat di DUN Asajaya, beliau sentiasa berusaha untuk membantu pihak sekolah menangani isu-isu prasarana.

Walaubagaimanapun, ujar beliau lagi, kemampuan beliau terhad berbanding dengan kemampuan Kementerian Pendidikan yang berupaya untuk memberi bantuan yang lebih besar.

Abdul Karim berkata sedemikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan SMK Asajaya di sini pagi tadi.

Bekas pelajar dan pelajar SMK Asajaya yang menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan SMK Asajaya.
Abdul Karim kemudiannya melahirkan rasa bangga diatas kemampuan SMK Asajaya menghasil pelajar-pelajar yang mencatatkan keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan awam PT3, SPM dan STPM walaupun keadaan prasarana sekolah yang agak usang.

Friday, 8 April 2016

Belia harus bijak membuat pilihan semasa turun mengundi: Abdul Karim

April 8, 2016

TAMAT DENGAN JAYANYA: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan para hadirin bergambar selepas selesai majlis.

TAHNIAH: Abdul Karim (tengah) menyampaikan sijil kepada peserta Program Keusahawanan Belia.
ASAJAYA: Pengundi khususnya golongan belia harus bijak membuat pilihan semasa turun mengundi pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) nanti demi masa depan dan kesinambungan pembangunan negeri ini.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang memberitahu, untuk itu golongan belia yang telah berdaftar sebagai pengundi tidak harus terikut-ikut dengan ajakan orang lain dalam membuat keputusan untuk memilih.

“Kita telah dikurniakan akal jadi gunakanlah dengan baik untuk berfikir calon mana yang harus dipilih nanti yang boleh membawa kebaikan kepada kawasan ini dan juga negeri Sarawak.

“Justeru, jangan mudah terikut-ikut dengan pandangan orang lain dan apa yang penting tunaikanlah tanggungjawab dengan sebaik-baiknya sebagai pemilih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Program Keusahawanan Belia Bengkel Menggunting Rambut, Solekan dan Tata Rias di Dewan Masyarakat Kampung Tambirat di sini, semalam.


Pada masa sama Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya turut mengingatkan pengundi yang telah berdaftar agar menjalankan tanggungjawab dengan turun meng-undi pada tarikh yang akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti.


“Pada 11 April ini Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dan selepas itu akan diadakan pilihan raya dan masa itulah saya berharap anda yang telah berdaftar sebagai pengundi menjalankan tanggungjawab sepenuhnya,” tambahnya.

Thursday, 7 April 2016

Keusahawanan mampu beri pulangan yang lumayan

April 07, 2016

TERBAIK!: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar bersama-sama dengan para hadirin.
ASAJAYA: Keusahawanan mampu menjadi kerjaya yang lumayan sekiranya 
Sebahagian daripada peserta bengkel.
diusahakan dengan penuh komitmen and disiplin.

Menteri Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, ketika merasmikan majlis penutupan Program Keusahawanan Belia (Bengkel Menggunting Rambut dan Solekan/Tatacara) di Dewan Masyarakat Kampung Tambirat petang tadi disini, berkata belia-belia Bumiputera yang mempunyai aspirasi untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan juga
Sebahagian daripada peserta bengkel.
mesti sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang diperlukan untuk menambahkan lagi kemahiran yang sedia ada.

Beliau kemudiannya berkata, selain dari perniagaan menggunting rambut dan solekan, bidang yang mungkin boleh diceburi ialah bidang perniagaan membaiki motosikal memandangkan motosikal adalah satu pengangkutan darat yang penting di kawasan Asajaya.

Sebahagian daripada peserta bengkel.
Abdul Karim, yang merupakan Ahli DUN Asajaya, selanjutnya berkata hampir semua rumah di kawasan Asajaya mempunyai sekurang-kurangnya sebuah motosikal dan ini merupakan satu pasaran yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada para usahawan Bumiputera.

Sebahagian daripada hadirin.
Menyentuh tentang pilihanraya yang akan datang, beliau menyeru para pengundi di kawasan Asajaya agar turun keluar mengundi di hari mengundi.

Beliau berkata walaupun di Malaysia tidak ada peraturan yang mewajibkan para pengundi turun mengundi, rakyat Sarawak yang telahpun mendaftar sebagai pengundi hendaklah menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi di hari mengundi kelak.

Sebahagian daripada hadirin.
"Semua kita diberi akal fikiran untuk berfikir dengan waras. Gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya ... (untuk) membuat analisa" sebelum turun mengundi.

"Pangkah parti yang dapat membawa kebaikkan kepada Asajaya dan negeri Sarawak," kata Abdul Karim sebelum mengakhiri ucapannya.

Wednesday, 6 April 2016

Pemberian BR1M tanda keprihatinan kerajaan BN

April 06, 2016

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah membuat pemerhatian terhadap proses penyerahan baucer BR1M di Kompleks Sukan Asajaya.
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
menyampaikan baucer BR1M.
ASAJAYA: Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) disaat Sarawak menghampiri pilihanraya negeri tidak seharusnya dilihat sebagai satu umpan politik oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia hanya suatu kebetulan sahaja memandangkan Kerajaan Barisan Nasional sentiasa memberi BR1M setiap tahun tanpa mengira sama ada pilihanraya akan diadakan ataupun tidak.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah beramah
mesra dengan salah seorang hadirin.
Beliau selanjutnya berkata komitmen Kerajaan Barisan Nasional dalam usaha membantu mengurangkan beban kewangan rakyat tidak dapat dipertikaikan kerana walaupun keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, Kerajaan Barisan Nasional tetap meneruskan pemberian BR1M.

Abdul Karim, yang merupakan wakil rakyat DUN Asajaya, berkata sedemikian ketika berucap di Majlis Penyerahan BR1M Daerah Asajaya Tahun 2016 yang diadakan di Komplek Sukan Asajaya pagi tadi.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah membuat
pemerhatian terhadap proses penyerahan baucer
BR1M di Kompleks Sukan Asajaya.
Beliau menambah tidak banyak negara di dunia yang menghulur bantuan seperti BR1M kepada rakyat.

Beliau juga menegaskan pemberian BR1M diberikan kepada semua yang layak tanpa mengira sama ada penyokong Kerajaan Barisan Nasional ataupun pembangkang,

Beliau kemudiannya menasihati penerima BR1M agar menggunakan wang tersebut sebaik-baiknya.

Tuesday, 5 April 2016

Tackling the ‘direct candidate’ issue


KUCHING: Chief Minister Tan Sri Adenan Satem will hold a press conference tomorrow on the issue of “Barisan Nasional direct candidates”, according to media invitations sent out yesterday.

The media invitations did not elaborate on the matter, except to say a “direct candidates” announcement would be made at the CM’s Wisma Bapa office at 2pm.

Leaders of Barisan component parties, SUPP and SPDP, declined to comment when contacted yesterday.

Similarly, members of their breakaway parties, UPP and Teras, would not reveal much.


In the past, Barisan direct candidates referred to those contesting under the Barisan ticket without a component party.

Previous examples include Datuk James Dawos and Billy Abit Joo, who later joined Barisan’s PBB and PRS.

But for the coming polls, Adenan has not made clear the mechanisms of direct candidacies.