Wednesday, 12 August 2015

Program pembangunan sepak takraw Sarawak perlu dirancakkan, kata Karim

August 12, 2015


KUCHING: Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mahu Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) merancakkan program pembangunan sepak takraw bagi menghidupkan semula sukan itu di negeri ini.

Beliau berkata, sukan sinonim dengan kaum Bumiputera itu kian tenggelam di kalangan remaja hari ini dan PSS selaku badan induk sepak takraw negeri perlu tampil dengan pelbagai inisiatif seperti memperbanyakkan pertandingan di peringkat tempatan.

“Sebagai permulaan, PSS boleh menganjurkan liga sepak takraw peringkat bahagian, daerah ataupun sekolah-sekolah.

“Ini perlu dilaksanakan secara berterusan agar kita dapat melihat pencapaian para atlet selain dapat melahirkan bakat-bakat baharu,” katanya ketika menerima kunjungan hormat Exco PSS yang diketuai Presidennya, Datuk Abang Khalid Tan Sri Abang Marzuki di pejabatnya di sini semalam.

Hadir sama jurulatih skuad wanita SUKMA XVIII Sarawak, Sura Martwangsang.

Selaku Penasihat PSS, Abdul Karim turut memberi penekanan terhadap pentingnya pemain-pemain sepak takraw menjalani latihan pendedahan baik di dalam mahupun luar negara bagi meningkatkan kualiti permainan mereka.

“Ini membolehkan atlet-atlet Sarawak mampu memberi saingan pada pertandingan bertaraf kompetitif seperti Sukan Malaysia (SUKMA).

Tuesday, 11 August 2015

BN has brought much devt to Sarawak — Abdul Karim

August 11, 2015


SIBU: Barisan Nasional (BN) policies, whether national or state, have brought tremendous development to Sarawak, Assistant Minister of Youth Development Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah said.

He pointed out this was contrary to the claim by state PKR chief Baru Bian that many of the problems in the state stemmed from the policies of BN government and behaviour of BN politicians.

“The results are there to see. We are much harmonious, politically stable and generally everyone is happy except those that have evil intention of wanting the state disintegrate.


“We just work out and nurture what we already have instead of ‘trying out’ crazy formula of some opposition leaders who only know how to criticise,” Abdul Karim, who is Asajaya assemblyman, told The Borneo Post yesterday.

Baru had also mentioned that his party’s 18-point roadmap was the way forward.

PKR Sarawak launched its 18-point roadmap here on Saturday, which Baru said was meant to address specific areas that needed attention even after decades of BN rule.

To this, Abdul Karim, who is PBB Supreme Council member, said: “How many road maps does Baru Bian want to offer Sarawak? They keep on coming with new ‘offers’ every time there’s an election round the corner.

Monday, 10 August 2015

Sepakat membawa kesejahteraan

August 10, 2015

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memotong riben sambil dibantu isteri beliau Datin Zuraini Abdul Jabar ketika menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Sebandi Ulu.


ASAJAYA: Masyarakat kampung mesti memberi penekanan yang tinggi keatas kesepakatan dikalangan semua ahli masyarakat sekiranya mahukan semua pelan pembangunan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memeriksa
minuman yang disediakan oleh salah sebuah 'rumah'
yang menyertai Pertandingan Memasak dan
Keceriaan sempena Majlis Ramah Ramah Aidilfitri.
Menteri Muda Perumahan dan Belia Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dalam ucapan perasmian Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Sebandi Ulu pada Ahad malam menegaskan proses pembangunan adalah satu proses yang memerlukan perancangan yang berterusan.

Bahkan, tambah beliau lagi, kesepakatan dalam membawa pembangunan bukan sahaja tertumpu kepada dikalangan ahli-ahli masyarakat tetapi juga diantara ahli-ahli masyarakat dan pentadbir dalam kerajaan.

Abdul Karim yang juga merupakan wakil rakyat DUN Asajaya berkata walaupun secara amnya kesepakatan tidak menjadi satu isu yang besar di Kampung Sebandi Ulu memandangkan perpaduan dikalangan ahli-ahli masyarakat kampung agak tinggi tetapi masih ada lagi ruang untuk mengukuhkan perpaduan.

Datin Zuraini Abdul Jabar bertanya tentang
makanan yang disajikan semasa mengunjungi
salah sebuah 'rumah' yang menyertai
Pertandingan Memasak dan Kecerian.
Beliau menambah bukti kepada perpaduan yang tinggi dikalangan ahliahli masyarakat ialah Kampung Sebandi Ulu telah dipilih sebagai Kampung Cemerlang peringkat nasional pada tahun lepas.

"Pada masa yang sama saya amat berharap semangat seperti ini dapat dilihat dalam kampung-kampung yang lain," ujarnya lagi.

Menteri Muda Perumahan dan Belia turut menyentuh mengenai pentingnya semangat kemerdekaan disemai dengan baik dalam sanubari semua rakyat Sarawak.

Thursday, 6 August 2015

Galeri: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bahagian Samarahan 2015

August 6, 2015

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memerhati Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah membuat persediaan untuk memotong lemang sempena perasmian Mahlis Ramah Tamah Aidilfitri Bahagian Samarahan 2015.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menyempurnakan  Majlis Penyerahan Geran Tanah dan TOL yang turut diadakan bersamasama Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bahagian Samarahan 2015. Seramai 347 orang telah menerima geran tanah dan tol dari kawasan Asajaya dan Sadong Jaya.

Jambatan Batang Sadong sudah hampir siap: Karim

August 6, 2015




ASAJAYA: Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memaklumkan Jambatan Batang Sadong hampir siap dan Batang Samarahan siap dalam tempoh satu setengah tahun lagi.

Abdul Karim yang juga ADUN Asajaya menjelaskan dengan jambatan itu nanti, perjalanan dari Samarahan disingkatkan dan ekonomi penduduk dapat ditingkatkan.

“Dengan jambatan ini, perjalanan dahulunya mengambil masa satu jam dapat disingkatkan iaitu kira-kira 30 minit sahaja,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bahagian Samarahan 2015 di Kompleks Sukan Asajaya yang di hadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan isteri, Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu.

Sehubungan itu, Abdul Karim berharap penduduk di situ dapat berdiri teguh dengan Barisan Nasional.

“Seperti kawasan lain, harapan saya agar masyarakat di sini agar dapat berdiri teguh di bawah kepimpinan Ketua Menteri,” katanya.

Tambahnya, pelbagai perubahan beliau dapat bawa kepada masyarakat negeri ini.