Terima kasih diucapkan kepada rakan #Media kita dari #SarawakVoice kerana sudi mendapatkan komentar saya mengenai kedudukan Ahli Parlimen bagi Puncak Borneo, YB Willie Mongin yang masih dianggap lawan Gabungan Parti Sarawak #GPS walaupun merupakan rakan dalam kerajaan Perikatan Nasional #PN .
Ini adalah kerana beliau adalah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan pihak #GPS adalah mesra #PN di peringkat pusat apabila ia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama parti-parti lain termasuk Bersatu untuk menubuhkan kerajaan campuran pusat PN.
Tetapi di peringkat Sarawak, kerajaan #GPS tidak pernah menandatangani apa-apa MoU bersama mana-mana parti dari #Malaya untuk bekerjasama. Justeru, Willie Mongin adalah kawan di pusat tapi lawan di peringkat negeri. Saya turut menjelaskan senario ini bukan asing di Sarawak.
Pernah satu ketika dahulu Parti Bansa #Dayak Sarawak #PBDS yang diketuai oleh Tan Sri Dr Leo Moggie ketika itu adalah bersama kerajaan pusat tetapi di peringkat negeri mereka adalah pembangkang.
Bagaimanapun, keadaan mungkin boleh berubah dan ia bergantung sama ada Willie masih kekal dalam parti dari Malaya atau bersama dengan parti komponen GPS, yang memperjuangkan hak dan kepentingan Sarawak. Apa-apa boleh berlaku dalam politik…hari ini Willie mungkin bukan bersama di negeri, mungkin suatu hari nanti keadaan boleh berubah.