Monday 5 December 2016

Pewaris Seni dan Surau Darul Muhibbah juara zikir

December 05, 2016


SADONG JAYA: Pewaris Seni dan Surau Darul Muhibbah telah muncul sebagai juara untuk kategori lelaki dan perempuan dalam Pertandingan Zikir PNK Asajaya / Semera yang berakhir semalam di Dewan Masyarakat Kampung Semara Ulu.

Pewaris Seni dari Kampung Semera Hilir manakala Surau Darul Muhibbah dari Kampung Semera Lot.

Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dalam ucapan perasmian penutupan memuji usaha PNK Asajaya / Semera mengadakan pertandingan zikir.

Beliau berkata pertandingan zikir ini bukan sahaja dapat membantu mennyemarakkan budaya berzikir didalam masyarakat Islam di Sarawak tetapi ia juga membantu peserta membuat penilaian keatas tahap kemahiran mereka.

Beliau selanjutnya berkata beliau telah lama mengikuti perkembangan persatuan nelayan tersebut dan telah melihat kejayaan persatuan membantu ahli-ahli dan anak-anak mereka.

Beliau kemudiannya berkata atas sebab ini ia tidak memeranjatkan apabila PNK Asajaya / Semera dianggap sebagai diantara terbaik di Sarawak.

Abdul Karim percaya PNK Asajaya / Semera mampu untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian yang telah diperolehi.

Sebelum mengakhiri ucapan beliau, Abdul Karim yang juga merupakan ADUN Asajaya, mengumumkan akan memberi sumbangan sebanyak RM30,000 kepada PNK Asajaya / Semera untuk membantu persatuan menjalankan aktiviti untuk tahun 2017. -@ybkarimsays
 

No comments:

Post a Comment