January 06, 2017
![]() |
| Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersama ahli-ahli jawatankuasa yang dipilih dalam mesyuarat agung. |
KOTA SAMARAHAN: Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah telah diisytiharkan menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Cawangan bagi penggal 2017-2020 dalam Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali PBB Cawangan N.15 Asajaya petang tadi di Dewan Suarah Kota Samarahan.
Beliau telah mengekalkan jawatan tersebut lima penggal berturut-turut sejak 2001.
Manakala Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Buang Bolhassan telah menewaskan Oton Bujang untuk jawatan Timbalan Ketua Cawangan.




