Tuesday, 3 May 2016

Kalimah Allah bukan isu di Sarawak

May 03, 2016

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Haji Mohamad Hj Aziz (duduk - 3 dari kanan) bergambar selepas selesai Majlis Jelajah Jalinan Mesra N15 Asajaya di Kampung Sampun Gerunggang petang tadi.
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
berucap di Kampung Sampun Tebun,
ASAJAYA: Kebebasan mengamalkan agama masing-masing dijamin oleh Kerajaan Barisan Nasional Sarawak.

Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penggunaan kalimah Allah bukan satu isu di Sarawak kerana dinegeri ini bebas mengamalkan agama masing-masing.

Atas dasar itu, Abdul Karim berkata rakyat Sarawak seharusnya mengambil faktor ini sebagai salah satu faktor yang boleh membantu mereka untuk menilai sumbangan yang telah diberikan oleh Barisan Nasional Sarawak.

Kegembiraan bersua rakan lama di
Kampung Sampun Baru.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Jelajah Jalinan Mesra N15 Asajaya di Kampung Sampun Tebun pagi tadi.

Beliau juga memberitahu, selain daripada memberi kebebasan mengamalkan agama masing-masing, Kerajaan Barisan Nasional Sarawak turut menghulurkan bantuan untuk mendirikan dan membaikpulih rumah-rumah ibadat.

Ketua Menteri Sarawak , Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah memberi jaminan masyarakat bukan Islam di negeri berkenaan juga bebas mengamalkan agama masing-masing pada tahun lepas.

Penerima sumbangan Sentuhan Kasih berbisik di telinga Datin Zuraini Abdul Jabbar di Kampung Sampung Gerunggang.
Katanya jaminan itu diberikan kepada seluruh rakyat Sarawak tanpa mengira agama dan bangsa.

Abdul Karim kesal pembangkang guna taktik kotor

May 03, 2016

JUARA: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan hadiah juara pertandingan karaoke.
ASAJAYA: Ketua Cawangan PBB Asajaya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah kesal dengan taktik kotor pihak pembangkang mempergunakan generasi tua ketika berkempen dalam pilihanraya negeri ini.

Beliau berkata suatu yang melampaui batas apabila mengambil kesempatan keatas generasi tua yang berkemungkinan besar tidak menyedari bahawa mereka telah dipergunakan bagi tujuan menimbulkan rasa benci terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Sebahagian daripada hadirin.

Abdul Karim berkata demikian ketika berucap di Malam Mesra Bersama Pemimpin N15 Asajaya di Kampung Asajaya Laut pada malam semalam.

Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa salah sebuah kampung di DUN Asajaya sebagai kubu kuat pihak pembangkang.

Kanak-kanak dan orang dewasa gembira.

"Tiada satu pun kampung dalam kawasan DUN Asajaya boleh dianggap sebagai kubu kuat pembangkang," kata beliau.

Abdul Karim juga melahirkan harapannya agar para pengundi akan turun beramai-ramai pada Sabtu ini untuk menolak pihak pembangkang agar mereka serik untuk terus mengganggu masyarakat dalam kawasan DUN Asajaya.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dikerumuni oleh orang ramai ketika hendak meninggalkan majlis.

Monday, 2 May 2016

Para pengundi digesa turun mengundi walaupun DUN Asajaya kawasan putih

May 02, 2015 


ASAJAYA: Para penyokong Barisan Nasional diingatkan agar tidak mengambil mudah pilihanraya negeri Sarawak walaupun DUN Asajaya dilihat sebagai kawasan putih.

Sebahagian daripada para hadirin.
Ketua Cawangan PBB Asajaya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata walaupun tanggapan bahawa Barisan Nasional akan menang di DUN Asajaya menggembirakan, tetapi pada masa yang sama ia juga membimbangkan kerana ia boleh menyebabkan ramai pengundi enggan turun mengundi disebabkan mereka merasakan Barisan Nasional pasti menang.

Sebahagian daripada para hadirin.
Beliau berkata, ketika berucap di Majlis Jelajah Jalinan Mesra N15 Asajaya di Kampung Tambirat petang tadi, sebaliknya para pengundi DUN Asajaya seharusnya melihat tanggapan tersebut sebagai dorongan untuk memberi kemenangan yang bergaya kepada Barisan Nasional.

Sebahagian daripada para hadirin.
Abdul Karim menambah kemenangan dengan majoriti yang besar hanya akan dapat dicapai sekiranya semua penyokong Barisan Nasional keluar mengundi.

Sebahagian daripada para hadirin.
Beliau berkata sekiranya dapat dilakukan, ia akan memberi mesej yang amat jelas kepada pihak pembangkang bahawa warga DUN Asajaya menolak kehadiran mereka.

Sunday, 1 May 2016

Hormati pihak lawan - Abdul Karim

May 01, 2016

PERSEMBAHAN ISTIMEWA oleh golongan istimewa dari Kampung Sambir.
ASAJAYA: Ketua Cawangan PBB Asajaya Abdul Karim Rahman Hamzah mengingatkan ahli-ahli parti dan juga para penyokong parti agar menghormati pihak lawan supaya persaingan untuk memenangi hati para pengundi akan dilakukan dalam suasana yang sihat.

Beliau berkata beliau tidak mahu wujudnya perbalahan yang akan mencemar amalan demokrasi di kawasan DUN Asajaya seperti yang berlaku diluar.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memerhati belia-belia menukar minyak hitam motosikal.
Bahkan, ujar beliau lagi, ketika berucap di Karnival Ilmu "Latihan 1Malaysia" di Kampung Sambir petang tadi, sebaik-baiknya kemenangan Barisan Nasional hendaklah bersih daripada sebarang kekotoran akibat dari persaingan yang tidak sihat,

Menyentuh tentang pilihanraya negeri, Abdul Karim berkata para pengundi hendaklah bijak membuat keputusan.

Persahabatan yang tak dimakan dek zaman.
Beliau berkata apa jua keputusan yang dibuat hendaklah berdasarkan kepada sejarah pembangunan di kawasan DUN Asajaya kerana ianya adalah fakta yang diakui benar oleh semua pihak tanpa mengira ideologi politik mereka.

Beliau selanjutnya menambah sejarah pembangunan mampu membantu pengundi membuat keputusan yang tepat mengenai parti yang patut diundi demi pembangunan dan kemajuan di kawasan DUN Asajaya.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyaksikan persembahan kanak-kanak dari Tabika KEMAS.

Kejayaan tak datang bergolek tanpa adanya perpaduan

May 01, 2016

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri beliau Datin Zuraini Abdul Jabbar bergambar dengan bayi yang berpakaian Barisan Nasional

ASAJAYA: Perpaduan yang telah sekian lama memberi kebaikkan kepada Kampung Sebandi Ulu hendaklah dijaga dengan baik.

Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, ketika berucap di Kampung Sebandi Ulu pagi tadi, berkata kejayaan untuk memenangi anugerah Kampung Wawasan di peringkat nasional pada tahun lepas bukannya satu kejayaan yang berlaku secara kebetulan tetapi hasil daripada usaha gigih semua penduduk kampung.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri beliau Datin Zuraini Abdul Jabbar bergambar dengan kanak-kanak yang berpakaian Barisan Nasional
Beliau berkata tanpa adanya perpaduan dikalangan penduduk kampung, amat sukar untuk anugerah Kampung Wawasan dimenangi oleh Kampung Sebandi Ulu.

Bayi berpakaian Barisan Nasional bersama-sama ibunya.

Atas dasar itu, Abdul Karim, menggesa penduduk kampung agar sentiasa memastikan tiada anasir-anasir luar yang menyelusup kedalam kampung yang bertujuan untuk merosakkan hubungan dikalangan penduduk kampung.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah danbpara hadirin mendoakan kebaikkan untuk koperasi.

Menyentuh tentang penubuhan Koperasi JKKK Sebandi Ulu Samarahan Berhad, beliau memuji usaha tersebut.