Friday, 30 October 2020

Belajawan 2021 diharap beri fokus untuk ringankan beban rakyat

Dalam ucapan perasmian di siri Jelajah Belia Sarawak 2020 peringkat kawasan dewan undangan negeri (DUN) Tupong di Kuching pada 30 Oktober lalu, saya telah berkata bahawa Kerajaan Sarawak pastinya akan menyalurkan lebih banyak dana untuk menambah serta meningkatkan kelajuan capaian internet dan digital di negeri ini.

Sesungguhnya kita amat bertuah kerana mempunyai seorang Ketua Menteri iaitu Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg yang begitu prihatin dan bersemangat dalam mentranformasikan ekonomi Sarawak daripada ekonomi konvensional kepada ekonomi berasaskan digital. 

Kita juga merupakan negeri pertama di Malaysia yang mempunyai pihak berkuasa multimedia iaitu Sarawak Multimedia Authority (SMA) yang memberikan fokus kepada usaha-usaha kita untuk membolehkan penembusan dan kelajuan capaian internet, khususnya di kawasan luar bandar dapat ditingkatkan.

Saya pasti akan lebih banyak dana akan disalurkan dalam usaha untuk menjadikan seluruh kawasan di negeri ini mempunyai kelajuan internet sekaligus memenuhi aspirasi beliau yang mahu menjadikan rakyat Sarawak termasuk golongan belia yang mempunyai kemahiran digital yang tinggi.  Isu mengenai kelajuan capaian internet dan digital menjadi perkara yang sering disuarakan oleh belia di Sarawak, khususnya yang tinggal di kawasan pinggir bandar dan luar bandar.

Perkara ini seringkali diutarakan oleh golongan terbabit setiap kali kementerian itu melakukan atau melaksanakan siri jelajah belia di seluruh Sarawak.

Walaupun masalah kelajuan capaian internet tidak menjadi masalah dikawasan bandar namun keadaan berbeza apabila berada di kawasan luar bandar.

Kesukaran itu menjadikan perkara tersebut menjadi antara fokus yang sering diutarakan oleh belia agar kerajaan mempecepatkan proses menaik taraf kelajuan komunikasi digital di kawasan terlibat.

Saya turut menegaskan bahawa kepimpinan utama negeri kita amat faham akan situasi tersebut dan usaha ke arah penambahbaikan dalam meningkatkan penembusan serta kelajuan capaian internet terutama di kawasan luar bandar sentiasa dan sedang dilaksanakan.



No comments:

Post a Comment