Wednesday, 8 February 2017

STAR dan PBDSB sekadar meraih populariti di PRK Tanjong Datu

February 08, 2017



KUCHING: Penyertaan STAR dan PBDSB di pilihanraya kecil (PRK) DUN Tanjong Datu hanya sekadar meraih populariti, kata Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah semalam.

"Kalau dilihat latar belakang calon terbabit, mereka pernah bertanding pada pilihanraya di DUN lain ... mungkin mereka mahukan publisiti.

"Mereka sebenarnya tidak tahu arah perjuangan, justeru pengundi di Tanjong Datu diharapkan tidak termakan hasutan dan dakyah kedua-dua calon pembangkan itu," kata Abdul Karim kepada Harian Metro.

Menurutnya kehadiran calon parti itu boleh dikatakan calon tangkat muat kerana mereka tidak dikenali penduduk di Tanjong Dato.

"Bagaimanapun, kita akur dengan keputusan mereka dalam mengamalkan sistem demokrasi di negara ini," katanya lagi.


Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Alwa Dris berpendapat penyertaan kedua-dua parti tersebut dapat dilihat sebagai usaha mereka mempromosi parti itu berikutan ketiadaan parti utama pembangkang di negeri ini.

Beliau berkata, ketiadaan PKR, PAS, DAP dan PAN, menjadi faktor utama kedua-dua parti itu cuba mencuri perhatian masyarakat Tanjong Dato.
"Parti pembangkang lain tidak mahu bertanding di kawasan ini bagi memberi tumpuan kepada Pilihanraya Umum (PRU).

Pada PKR DUN Tanjong Datu 18 Februari ini, calon BN Puan Sri Jamilah Anu dicabar oleh calon STAR Johnny APut dan PBDSB Rapelson Richard Hamit. -@ybkarimsays
 


No comments:

Post a Comment