Friday, 16 March 2012

Perhimpunan Ungu dipercayai didalangi pihak bermotif politik


Semua perhimpunan selama ini yang kononnya bebas unsur politik didalangi pembangkang untuk mengaburi mata rakyat: Abdul Karim

KUCHING: Perhimpunan Ungu yang dijadual diada-kan di Taman Sahabat dekat sini Ahad ini dipercayai didalangi pihak bermotifkan politik.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, semua perhimpunan selama ini yang kononnya bebas unsur politik adalah didalangi pembangkang untuk mengaburi mata rakyat.

“Apa lagi ini? Kuning…Bersih…sekarang Ungu pula? NGO (pertubuhan bukan kerajaan) mana lagi yang menganjurkan perhimpunan ini…berapa orangkah sahaja dalam NGO itu yang hendak mengajar orang Sarawak bagaimana hendak mentadbir kerajaan bersih?

“Mereka yang dua tiga orang ini yang baru pandai mengurus persatuan, ada hati hendak ajar kita bagaimana hendak mentadbir negeri… pada pandangan saya semua perhimpunan ini adalah didalangi pembangkang,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurutnya, pembangkang ibarat musang berbulu ayam yang sudah pun tahu tidak akan mendapat sambutan sekiranya perhimpunan atas anjuran pembangkang.

Bagaimanapun katanya, rakyat Sarawak tidaklah sebodoh disangka dan rakyat Sarawak tidak akan termakan penipuan pembangkang.

“Kita tunggu sahaja nanti… yang hadir (pada perhimpu-nan itu) pastinya muka yang sama… muka-muka pembangkang!” ujarnya.

Abdul Karim berkata demikian sebagai mengulas kenya-taan PKR Negeri semalam yang mengatakan parti itu menyokong penuh penganjuran Perhimpunan Ungu Ahad ini dan akan turut serta dalam perhimpunan yang dijadual bermula jam 10 pagi itu.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol juga senada dengan Abdul Karim dan mengatakan pihak terbabit gagal melihat usaha kerajaan membanteras pelbagai perbuatan salah guna kuasa dalam kerajaan menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP).

“Beberapa pegawai tinggi kerajaan malah orang politik daripada kalangan Barisan Nasional (BN) telah dibicarakan di mahkamah… mengapa tidak bekerjasama dengan agensi-agensi seperti PEMANDU untuk meng-utarakan isu-isu mereka,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan keikhlasan penganjuran perhimpunan itu kerana mahu melibatkan orang awam termasuk kanak-kanak.

“Apakah mereka ini benar-benar ikhlas tentang isu kese-jahteraan negara…tidakkah mereka sensitif terhadap ke-tenteraman awam?”soalnya.

Setiausaha Agung BN Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom pula mengatakan kerajaan BN tidak pernah membantah aktiviti-aktiviti NGO terutama aktiviti bukan politik asalkan ia tidak mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

“Aktiviti-aktiviti seperti itu kalau tidak disekat hanya akan menjejaskan keharmonian negara serta menimbulkan masalah lain,” katanya.

Menurut Naib Ketua Wanita PKR Pusat Voon Shiak Ni, beberapa individu dari Ku-ching telah mengambil inisiatif mengadakan Perhimpunan Ungu di sini bagi menyeru kerajaan yang bersih.

“Ini bukan perhimpunan politik dan oleh itu, kami mahu mengalu-alukan semua orang termasuk kanak-kanak menyertai kami pada Ahad ini,” katanya pada sidang media di pejabat PKR Negeri, kelmarin.
  

No comments:

Post a Comment