Saturday 11 February 2017

Beri laluan kepada kepimpinan baru jika tidak aktif - Abdul Karim

February 11, 2017



KUCHING: Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru kepimpinan persatuan ataupun pertubuhan yang tidak aktif agar memberi laluan kepada kepimpinan baru.

Beliau menegaskan untuk memegang tampuk kepimpinan, seorang pemimpin memerlukan minat dan visi.

"Jika sudah setahun (menjadi pemimpin), (tetapi) tidak dapat mengatur program, ia membawa maksud masanya sudah sampai untuk melepaskan jawatan untuk diberikan kepada orang yang lebih mampu," katanya ketika merasmikan Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti di sebuah hotel petang tadi.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan dan Kawasan Rukun Tetangga Bahagian Samarahan.

Beliau memuji komitmen yang ditunjukkan oleh kepimpinan Rukun Tetangga di Bahagian Samarahan yang aktif menjayakan aktiviti-aktiviti dikawasan masing-masing.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sarawak Dirwana Azool memberitahu JPN telah mengadakan lebih daripada 19,000 aktiviti pada tahun lepas.

Menurut beliau, Bahagian Samarahan diantara penyumbang aktiviti utama kerana bahagian tersebut menyumbangkan lebih daripada 7,000 aktiviti.

Abdul Karim kemudiannya menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Anugerah kepada Kawasan RT Bahagian Samarahan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah JPN Sarawak Ester Dingkawan, Pegawai Jabatan Perpaduan Bahagian Samarahan Suzana Busalam, dan Temenggong Chik Bujang. -@ybkarimsays

Senarai Penerima Sijil Penghargaan dan Anugerah:

Sijil penghargaan KRT Daerah
*Samarahan
*Asajaya
*Sadong jaya
*Simunjan/sebuyau

Sijil Penghargaan Pengerusi Penyelaras
*Daerah Samarahan - Encik Aziz bin Mohamad
*Daerah Asajaya - Encik Gerunsin ak Luyoh
*Daerah Sadong Jaya - Encik Drahman bin Dobi
*Daerah Simunjan/Sebuyau - Encik Tuanku Hadwad bin Tuanku Sekeran

Anugerah KRT Cemerlang Bahagian Samarahan
*KRT Kpg Meranek

Anugerah Pengurusan KRT Cemerlang Bahagian Samarahan
*KRT Sampun Gerunggang

Anugerah Pengurusan Sistem Maklumat Cemerlang
*KRT Kpg Tanjung Bundong Lot Fasa 2

Anugerah AJK KRT Contoh
*Encik Abbas Salimin bin Bulu @ Rosly
*En Rafiudin bin Bakar

Anugerah Jiran Wanita Contoh
*Puan Dewi bt Koboi
*Puan Entia ak Mail

Anugerah Jiran Muda Contoh
*Mohd Nizam Azzuan Maulad Israel
*Mohd Syahrizzal Arfandy bin Adam

Anugerah Skim Rondaan Sukarela Cemerlang Bahagian Samarahan
*SRS Kpg Melayu

Anugerah Jiran Wanita Cemerlang Bahagian Samarahan
*KRT Kpg Asajaya Tengah

Anugerah Jiran Muda Cemerlang Bahagian Samarahan
*KRT Kpg Meranek
 

No comments:

Post a Comment