Saturday 2 July 2016

Rakyat Sarawak diseru agar beri sokongan pada atlit Sarawak

KAMEK MOK EMAS! Dato Sri Michael Manyin Jawong, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani bersama-sama atlit-atlit Sarawak selepas berakhirnya majlis.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ditemuramah
oleh RTM.
KUCHING: Chef de Mission SUKMA ke-18 Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru rakyat Sarawak agar memberi sokongan padu kepada atlit-atlit Bumi Kenyalang ketika Sukan Malaysia berlangsung mulai Julai 22 ini.

Beliau berkata sokongan yang padu ini amat penting untuk memberi motivasi kepada atlit-atlit Sarawak agar berjuang sepenuh hati untuk mengharumkan nama Sarawak di pentas sukan nasional.

Abdul Karim berkata demikian dalam sesi temuramah oleh sebuah TV internet swasta VisionTechTV setelah berakhirnya Majlis Perjumpaan Atlit Sarawak SUKMA XVIII dan Pelancaran Pakaian Kontingen Sarawak di VivaCity Mega Mall pagi tadi.

TERBAIK: Dato Sri Michael Manyin Jawong, diapit oleh Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dalam sesi memperkenalkan pakaian kontingen SUKMA Sarawak.

Beliau juga melahirkan keyakinannya bahawa Sarawak sudah bersedia untuk menyambut kedatangan atlit-atlit SUKMA dari seluruh negara.

Kita merasa yakin untuk muncul sebagai juara dalam Sukan Malaysia tahun ini, kata Abdul Karim, sambil menambah, Sarawak juga berazam untuk menjadi penganjur yang terbaik untuk sukan tersebut.

KAMEK MOK EMAS! Dato Sri Michael Manyin Jawong, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani bersama-sama atlit-atlit Sarawak selepas berakhirnya majlis.

Beliau seterusnya berkata untuk SUKMA edisi ke-18, Sarawak mensasarkan 72 emas.

Abdul Karim telah diberi penghormatan untuk memperkenalkan pakaian kontingen SUKMA Sarawak dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan dan Perpaduan Dato Sri Michael Manyin Jawong, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan dan Perpaduan Kameri Affendi.

SEGAK DAN KEMAS! Pakaian kontingen SUKMA Sarawak untuk Sukan Malaysia edisi ke-18.


Dianggarkan seramai 400 atlit Sarawak telah menghadiri majlis tersebut.


Sesi Temuramah oleh Media





__________________________________________________________


Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar dengan skuad boling SUKMA Sarawak.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar dengan skuad wushu SUKMA Sarawak

__________________________________________________________






__________________________________________________________







__________________________________________________________





No comments:

Post a Comment